Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Sunday, January 30, 2011

Roti Sosej Emas

Kunyahan utk petang td..Klu tgk resepi asal nie, namenyer roti jala emas..mb lepas goreng tu warnenyer keemasan, tp yg hok gorengan saye nie bukan emas dah..roti sosej tembage..huhuu
Apepun licin gak...Yg si kakak mintak maggi, so masak gak la tp meggi goreng n x gune pun perencahnyer..


Klu perasan dlm mangkuk tu la maggi goreng utk anak2..segan nak snap sbb kosong jerk..hehe..

Resepi n care roti sosej nie ~

Roti sandwich ditekan dengan penggelek kuih spy padat.
Sapu mentega dan letak sosej serta gulungkannya
Celupkan dengan telur yg dipukul dengan serbuk perase
Golekkan dengan serbuk roti..
Ulang 2 kali..
N goreng la hingga keemasan..
Selamat ngombe sore...

Saturday, January 29, 2011

Sebaran..

komputer dan laptop kita semua ada benda ni!
perhatian!

sy just copy & paste dan try bt mcm di suruh and ITS REAL!

dont play2 ye..

nauzubillah!

mcm2 berlaku sekarang..


SALAM !! ,rakan2 sekalian dimohon untuk:
Buka komputer/laptop anda pada
direktori C -> Program Files -> Microsoft Office -> MEDIA -> CAGCAT10, cari gambar bernama J0285926 .
Anda akan temukan gambar Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka).
HAPUSKAN !
Gambar tersebut ada disemua PC di seluruh dunia.
SEBARKAN SEMAMPUNYA..
INI ADALAH BENAR!!!!!!


kaki nota- Saye dpt dr blog lain, just utk sebaran, terpulang nak padam atau tak. Tp klu dah terang kenape nak bersuluh???

Nasi Lemak Sayang



hehe..tetibe je sayang kan...sebabnyer sedang saye menyiapkan sarapan pagi nie, si kakak bertanya..
"Ummi masak aper??..
"Nasi lemak, sayang..
"OOo..adik!!jom main, ummi masak nasi lemak sayang. Nanti baru kiter makan..

Bagus anak2 ku pg nie..tp lepas tu dah terbayang rumah sepahnyer camner...sabor jer la...

Ok..sila-sila makan...

Senyumlah dunia!!!

Hari nie anda anda sekalian ade tak mengalami sesuatu sehingga buat anda tersenyum ??
Dan berape kali anda senyum utk hari nie ??
Saya??oh..hr nie x terkire..tu sbb tetibe nak post n3 tentang senyum..
Hr nie g hadiri kenduri kawan opis..n oleh kerane jumpe ramai nak buah kt c2, senyum memanjang jer la..tp tegur gak la..hehe..eh..nie ikhlas senyum tau..
N hr nie saye asyik tersenyum sendiri tgk gelagat anak2 hr nie..mood baik diorang tip top la..dh ler bertudung dr pg smp petang..




Dengarlah lagu ini sambil senyum...

Ada apa pd senyuman???cuber bace artikel nie..

15 Fakta Menarik tentang Senyum

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

* Sumber - majalah MIDI

Friday, January 28, 2011

Egg In Toast

Sarapan kami pg nie..simple jer sbb tghr nie nak g kenduri kawen anak CC opis saye lak..


alamak..pic tebalik lak..Nie sblm dibakar. Oleh kerana saye x der cutter bergambar, jd saye cut 4 segi jer..



Resepi nyer seperti berikut..

Ambil sepasang roti..
1 roti disapu ngan mentega dan tabur lada hitam
1 roti cut tengah2 (or cutter gambar)

Cantumkan roti tersebut.
Pecahkan telur sebiji setiap pasang roti.
Tabur lada hitam n sulah..
Bakar mengikut suhu yg sesuai dan sehingga telur tu setengah masak...
Selesai..senang kan..kan..kan..

Wednesday, January 26, 2011

Halal Haram..utk panduan bersama..

October 10, 2010SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & DITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.





Nie klu x silap RVS kat jln ampang...dulu time dok KL selalu lalu tmpt nie n terpandang papan iklan gambar steak rusuknyer yg...ikshh..meleleh la di buatnyer..siap azam lg nak makan sini nnti..tp...alahai x de pengesahan halal rupenyer..terbantut keinginan..


Yg nie lak aper citer?? bukan ker ade logo halal tu..klu dah sah terang2 logo tu x disahkan oleh JAKIM, kenape x serbu jer kedai tu...naper JAKIM diam jer???Cawangan makin banyak...ramai org islam makan ctu, siap bawak family lg, so sape nak tanggung dosa semua tu?? Pelik..pelik..
Dan saye pun ader la 3 kali makan cni sblm saye tau kes nie..mmg sedap lg2 tahu lembut n sop tu...emmm..

Ok, saye nak mule wat keje...daaa

Saturday, January 22, 2011

Jeruk Obor-obor

klu tgk rupe obor2 nie, ade berani makan x?? hehe...jgn sangke rupe gini x sedap tau...kiriman wajib saye klu adik ipar dr Sarawak balik Semenanjung..
Obor2 beracun??? mmg kebanyakan beracun, tp yg hok nie x..saye dah belajar makan nie sejak sblm kawen lg, so setakat nie saye sehat wal-afiat
Dlm kuarge metue saye x ramai yg suke sbb rase kenyal jer kat mulut, tp saye suke..hehe...leh makan banyak2..
Nie la rupe obor2 stlh di awetkan ngan garam yg dijual di market..mcm biase kana saye letak fakta mengenainya utk kiter kongsi bersama..



Nie resepi yg selalu saye buat...senang baitu..bile dpt jer obor2 awet di tangan saye, akan saye basuh n rendam dengan air perahan limau kasturi. Hiris cili padi n bawang merah n masukkan dlm botol n simpan dlm esbok. ..senang nak makan bile2...

Ok, nie fakta mengenai obor2 yg kiter dpt ...

Obor-obor yang diawet merupakan sejenis makanan yang amat digemari terutamanya di kalangan masyarakat Cina. Pada musim pengeluaran obor-obor, nelayan-nelayan dapat menangkap lebih daripada 100 kg obor-obor setiap hari. Obor-obor yang kurang daripada 12 inci akan dikembalikan semula ke laut.

Obor-obor yang ditangkap akan dibersihkan lalu diawet dengan garam, kuprum sulfat, dan serbuk soda. Tujuan utama dicampurkan dengan kuprum sulfat adalah untuk membasmi kuman manakala serbuk soda pula akan mengecutkan obor-obor yang seberat 4 hingga 5 kg kepada 300 hingga 400 gram.

Nie lak resepi yg kiter dpt dr blok lain...nnti nak wat cmnie lak..

UMAI OBOR-OBOR


bahan-bahan




300 gram Obor-Obor masin
2 batang cili merah
Sebiji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang merah
1 inci halia
seulas bawang putih
sudu serbuk kacang tanah (yang telah digoreng & ditumbuk)
5 - 7 biji limau kasturi


buat cam nie
1. Rendam Obor-Obor untuk mengurangkan rasa masinnya selama beberapa jam atau nak lebih cepat perah (ramas) la obor tu lam air.
2. Tus & hiris Obor-Obor kecil-kecil.
3. Potong dan perah semua limau kasturi, gaulkan dengan Obor-Obor.
4. Cili merah, bawang merah, halia, dan bawang putih ditumbuk (tumbuk sekali pun boleh).
5.Gaulkan obor-obor dengan semua bahan yang telah ditumbuk.
6. Masukkan serbuk kacang tanah.
7.dah boleh dimakan.

Ketam Nipah lagi!!! masak sambal telur lak..

jangan mare yerrr...hehe..almaklumler kt cni tgh musim ketam nie, senang nak dpt. Yg hok beso nie kawan opis yg tlg belikan kt Pekan. Katanyer kebetulan jumpe pakcik tu tgh tangkap ketam nie kat paya gambut, so dpt ler murah ckit..tq cekwan..

Hari tu dah masak rebus jer..kali nie masak sambal sira telur...puhh..mabeless....die punye kaki pun dh cukup makan utk sepinggan nasik..beso gilerr...

sukelaaa budak bedue nie bile dpt eskem...Saye mmg suke beli bekas eskem cmnie bile masuk kedai 2 hengget, senang wat sendiri..

Wednesday, January 19, 2011

diri ini telah diinsuranskan..

ikshh...terlewatkah saye dah tue2 br nk apply insurans??? org lain dh dpt pulangan tp saye br nak try, cube2..tp cube pun duit kene korban ckit gak..huhu..potong perbelanjaan beli baju tiap bulan.. nie yg x syiokk nie..tp utk saving..huh..berat2..
Almaklum saye nie @ laki bini dr dulu mcm x mbik port jer pasal insurans nie, mungkin cerite2 yg didengar kureeeng enak dr cerite sedeeepp2..
Tp bile jumpe kak ani n kak mizan yg very2 sempoi n simple, terrrr...juge akhirnya...n mlm semalam puasler ayat2 cinte ngan hubby mintak green light...huhuu...bile menyale jer lampu tu..zasss..terus ...
Ok, harap2 sprt yg dijanjikan x lah sukar nnti bile diperlukan...
ok cukup...tp sper ade pengalaman , sharing is caring k...plz..

ok incik etika, selamat ler menarik duit saye tiap bulan ekk..harap2 incik etika bertika dgn duit2 saye ekk..simpan elok2 nnti satu hari empunya duit nie akan tuntut balik...jageee


sekarang terbalik, si diri ini yg pegang payung utk hubby..hehee..x per bang..ayang paham ..

Sunday, January 9, 2011

Tadika Seri Iman Intelek


Hampir 3 bulan dah kakak n adik masuk taska nie, Alhamdulillah nampak si kakak dah pandai mengeja sampaikan suratkhabar pun die nak bace. Yg si adik masih lg tahap menghafal..
Tp yg bestnyer tgk diorang enjoy jer sbb banyak aktiviti outing. Setiap kali balik dr outing celoteh smp malam bercerita seronok naik bas .
Empunya tuan taska nie, Kak Akma baik tp tegas, sekali ckp budak2 boleh ikut, klu kiter rase klu x lebih 3 kali baru anak2 nak dengar..huhuu..Lg satu Kak Akma nie sentiase berhubung dgn semua parent anak2 didikannya. Setiap perkembangan anak2 akan diterangkan sendiri kt kiter, x pernah pun suruh pekerja die terangkan..gambar2 nie pun ditag oleh Kak Akma dlm fb, kire boleh bincanng la dlm fb...tu klu mbik diorang kol 6, kol 615 la baru kuar sbb dengar penerangan aktiviti anak hr nie..

Nie time kakak n kawan die Seroja celebrate birthday kt McD TC. Muke kakak kene conteng sbb lps berlakon jd hantu..


Adik kene soal spelling. Mlm sblm tu puasla bg die hafal. Kak Akma kater 1 jer die x ingat,ejaan MADU tp adik eja NADU.. maknernyer 9 ejaan die dh ingat...ok la tu bg tahap die..
.At petrosains, kakak dpt no. 4 pertandingan mewarne. Time nie br 2 minggu masuk tadika so x dpt baju seragam lg..

Aktiviti wajib diorang kt taman tadika lepas belajar sambil tunggu parent masing2 dtg mbik. Dah melambak kertas katun diorang tu hari2 bawak balik. Bangunan tadika nie siap pasang CCTV lg.

Time sambut birthday ramai2 untuk birthday bulan Disember kat MS Garden Hotel n kakak satu2 nya birthday girl.






Cantik kek nie, siap deco printing lg..



Aktiviti swimming




Yuran nyer lak cmner??huhu..mmg agak mahal tp berbaloi sbb jage smp petang n banyak pendedahan luar selain belajar..
RM220/bln
RM500 yuran tahunan

Monday, January 3, 2011

HAPPY NEW YEAR 2011 !!!


dah 4 hr rupenyer ekk masuk tahun baru..mcm biasela mesti nak wish2 kan...hehe..wish pd sendiri pun ok per...
azam tahun nie??? entah la..
azam thn lepas lak dh tertunaiker?? entah la..
ok, nampak sgt la x der pegangan..x der la...pegangan ade tp x la sempurna kan, almaklum la insan biase..
Satu jer azam thn nie ~ nak menjadi yang lebih baik dari sebelumnya~ satu jer azam nie tp merangkumi semua...ok laa..jd la wish2 nie kan...n pada rakan-rakan yg singgah sini juga harap mendapat yang terbaik..

eh..lupe la..mcm ade b'janji pd n3 sblm nie...oh yer, hadiah utk kakak n adik kan..x mahal pun ..skuter jer..sorang satu..hehe
cadang nak beli skuter nie, tp mcm x mampu jer nak beli atau nnti umminyer yg naik g opis..so,

"

"

"

"


beli jer la skuter nie..hehe...skuter gak kan..sudahnyer berlumber jer la dorang dlm umah nie...skuter nie amat praktikal sbb blh lipat, senang nak bawak balik kpg..itu ayat kakak la kan..mboi..dh planning nak bak balik kpg..
k la..jumpe di n3 seterunya..sorry la ntry kali nie x brp berilmiah..huhu..setakat membebel jer..