Sy pun ambil kesempatan di bulan puasa nie dpt la berdiet, target raye nnti leh dpt berat bwh 50...haha...leh cayer ker?? tlng la percaye ok..dgn kepercayaan anda berjaya la misi sy..huhu..bukan aper, takut tiba raye kang, hari kedua x hengat dah..maner taknyer mengadap hidangan raya, dh ler tahun nie turn my kpg, of coz la makan "tepo" jer sampai 4 hari..huhuu..best2..
Tepo tu rupe aper?? haaa..tu tgg n3 raye nnti..hehe
So saper tak posa tanpa alasan, maka die ntara yng ikut somebody tu..hehee
Ok, supaya n3 Ramadhan sy tidak kosong, sy mbil bbrp sumber utk rujukan. Kiranya kawan2 di luar sana ada pendapat sendiri atau komen aper2, sila2 kan. Apa yg sy copy bukan semestinya sy terima bulat2..setiap perkara kita mesti fikir dahulu kan..cewahh..

Antara Peristiwa Besar Di Bulan Ramadhan ~ yg nie sememangnya kita dh maklum
- Diturunkan kitab al quran, injil, taurat dan zabur
- Berlaku peperangan Badar al Kubra
- Pembukaan Kota Mekah
- Perjalanan Nabi Muhamamad dan Muslimin ke Tabuk Melawan Rom
- Islam sampai ke Yaman
- Khalid Al Walid meruntuhkan berhala al Uzza
- Penyerahan diri (masuk Islam) penduduk Taif kepada rasulullah
- Pembukan Andalus (Sepanyol) oleh Tariq bin Ziyad
- Tentera Islam pimpinan Sultan Qutuz mengalahkan tentera Mongol di Ain Jalut
- Tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya mengalahkan tentera Rusia dalam peperangan Yakhliz
- Tertawannya sempadan Bar Lev, di Israel dalam peperangan Yom Kippur (peperangan Arab-Israel, Perang Oktober, Perang Ramadhan 1973)
Fakta dibawah yg sy perolehi dr sini
utk kita renungi bersama.
1. Mandi ketika berpuasa untuk menyegarkan badan.
Auta: Mandi ketika puasa adalah makruh.
Fakta: Tidak benar, bahkan mandi ketika berpuasa adalah HARUS. Rasulullah sendiri pernah mencurahkan air ke atas kepala Baginda disebabkan dahaga atau panas.
2. Korek hidung, telinga atau rongga-rongga yang berlubang.
Auta: Memasukkan apa saja benda ke dalam rongga yang berlubang adalah membatalkan puasa.
Fakta: Tidak ada dalil yang menunjukkan hukum sedemikian rupa. Sedangkan yang benar ialah perkara yang membatalkan puasa hanyalah berlegar antara tiga perkara; makan, minum, dan bersetubuh.
3. Penetapan waktu imsak iaitu kira-kira 5 hingga 10 minit sebelum masuk waktu Subuh.
Auta: Wajib atau sunat untuk berhenti makan dan minum sebelum masuk waktu imsak sebagai langkah berjaga-jaga.
Fakta: Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh adalah satu ketetapan yang tidak ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, malah ia menjauhi tuntutan sunnah untuk mengakhirkan waktu sahur. Alasan “berhati-hati” adalah tidak perlu kerana kita dibolehkan makan dan minum sehingga jelas masuknya waktu Subuh.
4. Makanan yang disunnahkan berbuka dengannya.
Auta: Disunnahkan makan benda-benda manis atau buah-buahan tempatan.
Fakta: Disunnahkan berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air.
5. Merasai makanan dengan lidah.
Auta: Batal puasa bagi orang yang merasai makanan dengan lidah kerana hal itu seperti dia memakan makanan itu, tiada bezanya.
Fakta: Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan).

6. Memasuki waktu subuh dalam keadaan berjunub.
Auta: Seseorang yang berjunub saat masuknya waktu subuh dikira terbatal puasanya.
Fakta: Hal ini pernah berlaku kepada Rasulullah shallahu’alaihi wasallam, sedangkan baginda kemudiannya mandi, bersolat dan meneruskan puasa seperti biasa.

7. Bolehkah bercumbu-cumbuan dengan isteri ketika puasa?
Auta: Tidak boleh, batal sekiranya bercumbu. Bukankah bulan puasa bulan menahan syahwat?!
Fakta: Hal ini mempunyai hukum yang berbeza-beza mengikut tahap kemampuan masing-masing. Bagi yang dapat mengawal gelojak nafsu agar dengan cumbuan itu tidak menjurus kepada persetubuhan, maka dipersilakan. Tapi, buat yang tidak mampu, maka dia dimakruhkan sama sekali.
8. Menggosok gigi ketika sedang berpuasa.
Auta: Boleh menyebabkan batal atau kurang pahala puasa. Ditakuti tertelan ubat gigi berperisa strawberi.
Fakta: Tidak mengapa menggosok gigi bahkan digalakkan. Lagipun Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan, sedangkan gigi yang kuning melambangkan empunya diri yang kurang menjaga kebersihan.

Auta: Wajib untuk melafazkan niat puasa iaitu “nawaitu shauma qhadin…”. Bagi yang tidak melafazkannya, maka puasanya tidak dikira kerana setiap perkara dimulakan dengan niat.
Fakta: Tiada lafaz niat puasa, ini hanyalah bid’ah yang diada-adakan. Bahkan niat itu tempatnya di hati. Sesiapa saja yang terlintas di hatinya bahawa dia akan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka itu sudah cukup baginya.
10. Tidur ketika sedang berpuasa.
Auta: Tidur orang puasa adalah ibadat.
Fakta: Memang benar terdapat hadith yang menyebut bahawa tidur orang yang berpuasa adalah ibadat. Namun, tiada satupun daripadanya yang sahih dan dapat dijadikan hujah.
No comments:
Post a Comment