Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Thursday, August 5, 2010

Nyah kau dr sini...

..boleh blah ke nyamuk tu klu takat halau cmtu...huh..bertuahlaa..
K la, nak bg tau nie..kejiranan ku terkene la demam denggi n khabarnyer teruk gak sakit terlantar kt spital..so bile dh ade kes make sekampung la kene sembur..huhuu
Petang semalam smp jer umah, terus aku tutup semua makanan, pinggan mangkuk n pakaian dgn plastik dhgn harapan x de ler terkena @berbau ngan asap tu..

Sempat lg tu aku snap gambor..hehee..layan jer laaa


Umah jiran ku belakang umah yg kaler oren tu la yg anakdie kene denggi..20 meter jer dr umah aku..ishhh..seram dengor..


abis ler umah aku diperasap..tp ok la, leh jimat x yah beli ubat nyamuk banyak2 nk bg asap mcmtu kan..



nie adegan biase laaa...diorang nie nampak bende pelik berbunyi gtu, belakang la duduknyer..


haaa...memperkenalkan..si comel merangkap jiranku..cikibam die mengalahkan cikibam ku..
hi Fuad tembam!!


Alang2 aku mengomel dlm nie, aku sertakan sekali info denggi..ade gak ilmu nak kongsi..kire mcm x buang mase la kan jengok blog yg nyawe2 ayam jer ni..hehee..
tetiber lak teringatkan kes Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau Din Beramboi yang telah meninggal dunia di Hospital Selayang pd 02 April 12:30 malam. Arwah meninggal dunia kerana disebabkan denggi berdarah yang menyebabkan organ badannya berhenti berfungsi dan hanya bergantung kepada alat pernafasan dan mesin sokongan.
Semoga Rohnya dicucuri rahmat...

..Al-Fatihah..

"

"

Cantik la kasut tu..hehe

Info Demam Denggi....

Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:
i) Demam denggi klasikal.
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ´demam patah tulang´ atau ´breakbone fever´.
ii) Demam denggi berdarah.
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam berdarah Filipina´.
Tanda-tanda atau gejala:
1. Demam denggi klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.
2. Demam denggi berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.
Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Dengue Shock Syndrome´ (DSS). Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:
Rawatan demam denggi klasikal:
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.
Rawatan demam denggi berdarah:
Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.


W/pun rupe mu buruk ..memang buruk pun..tatapi kesan gigitanmu tatap menjadi ingatan..nyah kau..

No comments:

Post a Comment