Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Sunday, August 22, 2010

Puding Milo Berkrim

Salam Ramadhan..dah hampir 2 minggu berpuase..n dah lame gak rase x update masakan dlm blok..huhu..x per la, namer pun blog CB..hehe..tau ker CB tu???
Campur Baur..haa..tau x per..
kali nie saje nak tayang puding yg x seberape glamer..tp ok per rasenyer..tp kan, mcm kurang lembut lg la, xper lain kali tambah sukatan air n susu sejat ..




Nie resepi khas dibawakan oleh : Hana Family's..Tq kak ana yg glamer tu...

Bahan-bahan
Bahan (Lapisan Coklat) ~kiter gune setengan adunan jerkkk..x nak membazir
• 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
• 1 3/4 cawan air (k.ummi letak hampir2 2 cawan)

• 1/3 cawan gula

• 3/4 cawan serbuk Milo

Cara-Cara:-
• Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo@coklat, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
• Tuangkan adunan ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
• Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan milo@coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnti. Jangan sampai terlalu keras. walaupon dicakar, puding akan tertanggal juga. better ketika puding tgh goyang2. tuang dari tepi


Bahan Lapisan Susu:-
• 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)

• 1 1/2 cawan air (k.ummi lebihkan jadi 1 3/4 cawan)

• 1/2 cawan gula
• 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation

• beberapa titis esen vanila


Cara-Cara:-
• Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
• Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
• Masukkan susu sejat dan esen vanila.
• Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan milo@coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.


Meh makan...

No comments:

Post a Comment