Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Friday, December 24, 2010

Ikan Haruan

Semalam, my opis mate bagi ikan haruan..hidup2 lg, bersilat juga lah kitorang nak tangkap balik ikan tu melompat, seb baik boss x nampak.
Balik umah bersilat lak kt dapur menyiang ikan nie..bapak ke licin badan die..
Akhirnya dpt gak siapkan ikan nie dlm 2 versi, biaser ler dah selera laki bini nie lain2...hehee..
Tq En. Nazri bagi ikan nie, 1st time makan nie tau..batak ya rabbi time makan tu..ikshh
Nie ler ghupe ikan haruan tu yg dh keras kejengkang kt singki..

Resepi pertama



Sup Ikan Haruan@ sup org berpantang

Tumbuk bawang merah + putih + halia +lada hitam
Tumiskan bahan tumbuk tu n masukkan asam keping n garam
Masukkan air , n tunggu sehingga mendidih.....siap pun..senang banget kan....

Mabelesnyer makan nasi panas n hirup sup nie...puhh

Resepi kedua


Haruan Goreng Cili Padi

Goreng ikan tu dulu.
Tumis bahan tumbuk..ala, bahan2 samer jer ngan resepi menumis...(malas nak tulis nie..)

n ade disertakan info kelebihan ikan haruan nie..sila2 la bace yerr...

MENGURANGKAN SAKIT SELEPAS PEMBEDAHAN

"Penemuan kami menunjukkan bahawa haruan bukan sahaja menggalakkan penyembuhan luka, malahan mengurangkan sakit selepas pembedahan," katanya.

Beliau berkata dari ujian kekangan perut, pati haruan didapati bertindak sebagai pautan-pekat bagi menghalang tindakan gerak balas.

Lebih menarik lagi, pati haruan dapat meningkatkan keberkesanan morfin.
Prof Abdul Manan berkata penemuan itu memberi platform saintifik kepada rakyat Malaysia, yang memakan ikan haruan untuk satu tempoh masa selepas pembedahan, dapat menghindarkan kesakitan dan penyembuhan luka.

Beliau berkata lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya, dan kandungan kedua-dua asid ini didapati lebih tinggi dalam telur ikan. Telur segar haruan mempunyai jumlah asid arakidonik yang lebih tinggi.
Prof Abdul Manan berkata penemuan ini memberi kemungkinan peluang untuk mendapatkan jumlah optimum asid lemak yang diperlukan untuk menyembuh luka dari bahagian lain ikan haruan tanpa perlu mengorbankan ikan itu.

"Penemuan awal mengenai khasiat anti bakterianya amat mengagumkan dan kami sedang menumpukan kepada spesies yang boleh dihubungkan dengan penyembuhan ulser perut ke atas haiwan dan manusia," katanya.

No comments:

Post a Comment