Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Saturday, June 29, 2013

Kuah Koktail

Terbayang2 lagi kesedapan kuah puding diraja pemberian staff sy tempoh hari. Nie x leh jadi ni..tekak dah gatal sgt. Tp nak buat kuah puding tu cam berat jer rase..kene dpt perkenan dr raja dulu..hehe..so sy google kuah puding jer.. tp puding tu malas nak wat, lambat lak nak makan kang..jd la makan ngan koktail jer..
Fuhh...dimusim panas begini..sejuk jer tekak..

Meh kiter kongsi camner wat kuah tu...
Sumber dari Kak Mina yg dapur die amatla comel ala2 omputih..

1 tin setengah susu cair
1 sudu tepung kastard dan bancuhkan dengan sedikit air putih. 
Apabila tepung kastard itu sudah sebati dengan air, masukkan ke dalam susu tadi. 
Fungsi tepung kastard ini ialah untuk menjadikan warna kuah puding kastard ini kekuningan dan pekat sedikit.

Kemudian, masukkan gula pasir dan air. 
Kuantiti gula dan air mengikut kepekatan dan kemanisan yang anda inginkan ya. 

Setelah itu, bolehlah tenggekkan periuk kuah itu di atas api dapur dan kacau. 
Tunggu hingga menggelegak dan rasa tahap kemanisan yang diingini. 
Apabila sudah berpuashati, bolehlah dipadamkan api dapur. 
Nyahkan haba dan apabila sudah kurang panas, bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk mendinginkannya.
Pastu leh la hidang ngan buah koktail atau lg rajin beli puding cam bentuk sumi tu..di jamin segerrr..

 Macam salah mangkuk jer kan..hehe..sbb x der mangkuk koktail, semua ada d umah raub. Xper la, asal sedap dimakan.


No comments:

Post a Comment