Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Monday, July 18, 2011

Nasi Daging

Menu tengahari semalam...berkesempatan memasak d hujung minggu..
Anak2 tgh tlg ayahnya basuh kereta kt luar, so umminya x der la kene kacau kt dapur..kelantang kelentong sorang2...
Alhamdulillah..menjadi nasi nie, kembang elok jer..dagingnya pun lembut jer w/p agak tebal potongnya..



Mahu resepinya??? enak banget dimakan dgn kuah sambal asam tomato utk cicah daging yg menyorok dlm nasi tu.

Beras sukat secukupnya @ ikut bilangan perut yg kene isi..hehe ~ sy 2 cup jer.
Daging lembu rebus bersama halia hingga lembut.
Dlm periuk, cairkan butter, tumis bawang bombay, kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga n perencah kurma n susu krim secawan sehingga naik bau.
Masukkan air rebusan daging secukupnya dan tunggu sehingga mendidih
Akhir sekali masukkan beras dan idaging yg sdh di potong n gaul sebati. - sesuaikan dgn air

Pindah periuk ke periuk nasi n tekanla suis yer..kang tibe nak makan, tgk beras lg, kembang lak tu..huhu..~ pernah terjadi tau, malu den..

Akhirnya...

tamat sudah siri kesukaan sy..yg sy setia ikuti dr awal lg..
Tp nak luah kt sini bukan akhirnya aper..bukan mengenai akhirnya citer ini..tp akhirnya gugur jua air mata ..subsub..tisu plzzz..sedey tau tgk diorang nie akhirnya berbaik n selamat dr cengkaman warden gila money tu..nasib baik mlm nie cek abe x der, klu tak maunya digelaknya kiter..bukan nak pujuk tau..huaaa...
Nak letak sinopsis cerite ker?? xyah la yer..dh abis pun, entah citer aper lak nnti.
Harap dpt la diorang siarkan citer yg beri pengajaran cmnie, bukan asyik citer Love jer..sikit2 pendam perasaan la..puhh...org yg masih bujang sdp ler nengok nyer..


Tahniah TV3 yg berjaya meng emo kan sy..budak2 juvana secara rialitinyer cmnie ker?? ader lg ker sifat baik diorang?? mesti ade kan tp x der ruang utk gunakan, sure kene bulinya..

Sunday, July 17, 2011

Poteto Sarada

Mekaceh Kak hana sbb kongsi resepi nie..ringkas n sedap...dah 2 kali wat, siap simpan esbok lg klu x abis leh ratah len kali sejuk2...
Kali nie sy wat utk kawankan ngan lamb sy..


Klu ikut resepi asal, letak sosej tp sy letak makcik baju merah nie..hehe..lg manis tau...
Ok, sape nak cube silakan;

Kentang - direbus dan dilenyekkan dgn butter
Timun , lobak n bawang besar - dipotong nipis, rendam dgn air masak n garam buat seketika kemudian toskan
Mesrakan dengan kentang dh lenyek tu ngan mayonis n jejari ketam..
dahh..tu jer..

Saturday, July 16, 2011

Lamb Chop Grill

tetibe teringin lak makan lamb...balik keje semalam terus singgah giant sambar 2 keping lamb n bahan2 yg perlu. Sy nie klu g giant masuk bahagian barang basah yg dok belakang tu, bagila 1k, sure leh habis..haha..semua bahan nak beli n masak macam2..tp biler la nak dpt 1k pastu leh wat belanjer barang dapur semata2..huhu..
K la, kang merepek lak ngan angan2 tu..


Cara nak masak biasa jer..
Lamb - perap ngan cili giling, sos titam, sos bbq, kicap manis n gula garam ckit - perap semalaman
Esoknya panggang dlm oven or bakar guna pan jer..

Bahan sampingan - kentang goreng n potato sarada..er..aper tu?? sarada??
hehe..tu resepi dr kak hana memories..sy akan tepek kt n3 seterusnya yer..

Ehh..luper lak ttg kuahnya..
- panaskan butter, tumis bawang bombay n bawang putih
- Masukkan sos tiram n lada hitam- pekatkan dgn tepung jagung sedikit.

Friday, July 15, 2011

Sape minat sejarah??

Sayaaa!!..haha..mmg sy minat sejarah...memang sy x tipu..SPM sejarah sy agak bagus..yer ker..tp x ingat dpt brp..haha..tp itu duluuuu...sekarang minat gak cume x der mase ~ maleh dh sebenarnyer..
Tp tu ler, klu kiter pernah minat dulu, ia masih akan jd minat lg..minat nak mbik tahu..
Buktinya bila g satu2 tempat mesti sy tanyer mengenai sejarah2 nya..atau mungkin sy x reti nak borak pasal masa depan tempat tu..huhuu..
Alkesahnye semalam ada dpt panggilan kes di satu lokasi dimana perjalanannya menuju ke sana akan melalui bandar sg. lembing. Korang pernah ker dngor nama tempat nie?? haa tu la, jgn asyik kenal KLCC jerr yg penuh ngan PATI tu.
Sebelum smpai ke lokasi kes, singgah makan mee jawa yg mmg terkenal d sg. lembing tu.
Sebut mee jawa nie, sebenarnyer name je saye nie org jawe tp mungkar dh sbb x de sgt nak melahap mee jawa nie..tp kan....bile dpt rase mee jawa sg lembing..perghhhh...sedap siut..ehh..Alhamdulillah..kenyang dibuatnya.
Tetibe teringat kesah mee jawa..dulu time dok asrama masa sekolah menengah..asyik2 mee jawa..asyik2 mee jawa..dh ler kuah pekat ya amat..emm..tu yg x berape hengen dah nak makan..
Atau org sg lembing lg pandai wat mee jawa berbanding org jawe sebenor..ntah..
Mak sy sendiri rase jarang masak mee jawa, selalunya masak laksa peneng..hahaa..kan dh kater org jawa mungkerr..mungker makanan jer la..yg lain setia kakk..

Mee Jawwak'ss yang UMPHHH!!!

Depan kedai makan tu ada pokok yang bessaarrr punya!!!

Tapak Enjin Besar PCCL ~ Pahang Consolidated Company Limited (PCCL)
Keterangan ada dibawah, so jgn off dulu ini blog..hehe

Nie bandar Sg. Lembing... Suasana bandar nie pun dh menggambarkan sejarah tersendiri.
Klu korang perasan ada pokok besar tu kan...

Nie pintu terowong..ada berani nak masuk???

Pintu masuk bangunan muzium.
Ape yg dipamerkan dlm muzium tu?? dah tentunya sejarah mengenai perlombongan..
kang letak gambo marie monroe kang tekezut lak..

Oh yer luper ada pemberitahuan..gambar 2 diatas kecuali pic mee jawa adalah ehsan dr blog lain, sbb tuan badan x dan nak masuk oleh kerana tuntutan kerja yg perlu segere..cewahhh..
sampaikan makan mee jawa pun tersedak2 rase..

Fakta sejarah Sg. Lembing utk kiter kongsi ekk;

1) Pekan kecil yang terletak kira-kira 42 km dari Kuantan, Pahang ini pernah melakar sejarah sebagai 'El Dorado of The East' kerana kekayaan hasil perut buminya pada awal abad ke-20 yang dikatakan bermula pada tahun 1906.

2) Pokok-pokok besar yang terletak di tengah-tengah pembahagi jalan di sepanjang North Main Street danSouth Main Street di
pekan lama itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa Sungai Lembing merupakan sebuah pekan yang tinggi nilai sejarahnya.

3) Di kiri kanan jalan yang nama asalnya dikekalkan itu berdiri megah bangunan-bangunan rumah kedai yang kebanyakannya masih dalam keadaan asal termasuk termasuk masjid. Bangunan-bangunan yang mempunyai ciri-ciri binaan kolonial, Cina dan Melayu itu nampaknya dijaga rapi sebagai satu khazanah yang cukup berharga.

4) Konsep ‘kedai bebas cukai’ difahamkan telah lama wujud di sini yang mana para pekerja Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) diberikan peluang membeli-belah barangan import di gudang premis syarikat seperti kemeja Arrow dan kasutClarks yang jauh lebih murah berbanding di Kuantan.

5) Sebuah panggung wayang dibina sebagai hiburan dan berpeluang menonton filem dari Britain dan Hollywood. Kini panggung wayang itu telah ditukar menjadi dewan orang ramai.

6) Pekan Sungai Lembing telah dibangunkan pada sekitar tahun 1880an apabila British mula membuka industri perlombongan di kawasan tersebut. Sejarah pembangunan pekan ini sebenarnya jauh lebih awal berbanding kewujudan PCCL yang bermula pada tahun 1891. PCCL mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1906 dan berakhir pada tahun 1986 setelah harga pasaran bijih timah dunia merudum. Syarikat ini telah memajak kawasan lombong tersebut selama 77 tahun. Sehingga 1970-an lombong PCCL milik British ini merupakan pengeluar bijih timah utama dunia dengan kaedah perlombongan bawah tanah. Pada zaman kegemilangannya lombong ini merupakan antara lombong bawah tanah yang terbesar di terbesar di dunia.

7) Panjang terowong yang terdapat pada keseluruhan lombong ini ialah kira-kira 322 km dengan kedalaman antara 610 hingga 700 meter.
Mengunjungi Sungai Lembing tentunya tidak lengkap jika tidak mengunjungi Muzium Sungai Lembing dan kawasan perlombongan tinggalan PCCL tersebut.

8) Muzium yang mula dibuka pada tahun 2001 ini terletak di atas bukit merupakan banglo yang dikhaskan untuk Pengurus Besar PCCL pada suatu masa dahulu. Banglo yang bercirikan bentuk kolonial ini telah dibina pada tahun 1911 menghadap Sungai Kenau. Di muzium ini terdapat artifak-artifak, alat-alat komunikasi dan peralatan perlombongan yang telah digunakan semasa era kegemilangan syarikat tersebut. Selain itu terdapat gambar-gambar para pegawai atasan yang pernah berkhidmat dengan PCCL.

9) Apa yang menarik terdapat diorama lombong bawah tanah yang mempamerkan betapa sukar dan berisikonya pekerja bekerja dalam lombong tersebut.
Salah satu ruang yang menarik ialah pameran bilik tidur Pengurus Besar PCCL yang mempamerkan set bilik tidur antik, radio, almari pakaian, buku-buku yang dibaca dan beberapa perabot lain. Dinyatakan juga bahawa banglo tersebut merupakan tempat penginapan KDYMM Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah (Sultan Pahang Yang Ke-4) yang kerap berangkat ke Sungai Lembing pada zaman pemerintahan baginda. Di sebelah luar terdapat peralatan melombong yang berat manakala di luar pagar bangunan muzium ini terdapat Pejabat Besar PCCL yang masih teguh berdiri.

10) Kira-kira 300 meter di atas bukit terdapat ‘Muka Lombong Tai Pei Tong’ iaitu lubang terowong yang digunakan untuk memasuki lombong bawah tanah tersebut. Manakala di bawah bukitnya terdapat tapak enjin besar PCCL tempat memproses bijih timah yang dilombong. Banyak lagi kesan sejarah yang boleh diterokai di kawasan ini yang dapat kita manfaatkan khususnya sebagai bahan pendidikan kepada generasi baru dan generasi akan datang.

dah abiss!!!

Pic bawah lak saje nak menyebok...sekitar gambar pd hr tu dlm hutan..

My team...3 kenderaan sekali masuk ko..bg takut itu org ceroboh la.
.
Ini saje adegan lepak2 atas kayu tumbang...mak dh nampak gemoks koo..
.
Pic aper lak nie..dah ler ghuper kasut mcm x basoh setahun..haha..
Nie le langkah2 yang meninggalkan jejak di hutan or jejak rimbawan..haha..kononnya

Tuesday, July 12, 2011

Cheesy Potato Grill

Santapan mlm td..alkesahnya terjumper salinan resepi nie yg sy sendiri x hengat bile sy print n dpt dr mane...so, aperlg kan..tgk bahan2 ada dlm esbok maka laksanakanlah impian tekak nie..
Sy tambah dgn hidangan sampingan, sayur kukus..

Sy ejas ckit2 ikut bahan yg ade..tp nak copy resepi yg maner ekk..original or yg ejas2...
Sy salin yg ejas2 la yer sbb itu yg original dr sy..hehe..

2 bj kentang saiz besar - dibasuh n kukus or grill sehingga masak
Daging cincang - ditumis dengan butter n bawang

Kentang yg sdh masak- dikorek isinya dan dilenyek ngan butter
Campur dengan tumisan daging cincang - ejas2 rasa
Masukkan semula kedlm kentang yg dikorek td
Tutup dgn Cheesy Slide or mozarella
Tabur daun oregano
Bakar dengan suhu 150 darjah selama 20 minit.

Proses membuatnya..

Kentang yg direbus, diambil isinya dan dilenyek dengan butter



masukkan bahan daging tumis ke adunan kentang lenyek td.

Sunday, July 10, 2011

Up-Grading Yellow Belt

Pagi sabtu 09 Julai 2011, Up-Grading TaekWonDo - Yellow Belt, SMK Paya Besar

ok..sy kene terima hakikat yg anak2 sy akan memiliki yellow belt..umminya white belt pun x pernah dpt...huhu..
Tp bila tgk si adik masih x lekang dgn penemannya tu..aduhaii..
haa..nie ler peneman si cikibam tu..huhu..sempat lg tu sblm training nak nyot gak..


Pagi2 lg kami dah tercangak kt SMK Paya Besar..semangat la katerkan..

Ayahnya tolong ikatkan belt tp olh kerane ayahnyer x pernah kursus cara mengikatnya, maka sir depa tolong betulkan..hehe

Kami sekumpulan parent yg terawal tiba..

Jam 9.00 - dah mula ramai berkumpul. Rupenyer hr tu semua peringkat kene up-grading, termasuk sekolah menengah.




Nampak tak cikibam tgh berusaha utk menghafal step depan pengadil..
Oleh krn diorang nie masalah lg nak ingat kiri kanan maner, maka umminyer terpaksa ajar clue yg senang nak diorang ingat ; tangan kiri utk basuh b*rak, tangan kanan utk makan..haha

Ok..nntikan kemunculan kami dengan yellow belt nnti...wachaaa...