Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Friday, July 15, 2011

Sape minat sejarah??

Sayaaa!!..haha..mmg sy minat sejarah...memang sy x tipu..SPM sejarah sy agak bagus..yer ker..tp x ingat dpt brp..haha..tp itu duluuuu...sekarang minat gak cume x der mase ~ maleh dh sebenarnyer..
Tp tu ler, klu kiter pernah minat dulu, ia masih akan jd minat lg..minat nak mbik tahu..
Buktinya bila g satu2 tempat mesti sy tanyer mengenai sejarah2 nya..atau mungkin sy x reti nak borak pasal masa depan tempat tu..huhuu..
Alkesahnye semalam ada dpt panggilan kes di satu lokasi dimana perjalanannya menuju ke sana akan melalui bandar sg. lembing. Korang pernah ker dngor nama tempat nie?? haa tu la, jgn asyik kenal KLCC jerr yg penuh ngan PATI tu.
Sebelum smpai ke lokasi kes, singgah makan mee jawa yg mmg terkenal d sg. lembing tu.
Sebut mee jawa nie, sebenarnyer name je saye nie org jawe tp mungkar dh sbb x de sgt nak melahap mee jawa nie..tp kan....bile dpt rase mee jawa sg lembing..perghhhh...sedap siut..ehh..Alhamdulillah..kenyang dibuatnya.
Tetibe teringat kesah mee jawa..dulu time dok asrama masa sekolah menengah..asyik2 mee jawa..asyik2 mee jawa..dh ler kuah pekat ya amat..emm..tu yg x berape hengen dah nak makan..
Atau org sg lembing lg pandai wat mee jawa berbanding org jawe sebenor..ntah..
Mak sy sendiri rase jarang masak mee jawa, selalunya masak laksa peneng..hahaa..kan dh kater org jawa mungkerr..mungker makanan jer la..yg lain setia kakk..

Mee Jawwak'ss yang UMPHHH!!!

Depan kedai makan tu ada pokok yang bessaarrr punya!!!

Tapak Enjin Besar PCCL ~ Pahang Consolidated Company Limited (PCCL)
Keterangan ada dibawah, so jgn off dulu ini blog..hehe

Nie bandar Sg. Lembing... Suasana bandar nie pun dh menggambarkan sejarah tersendiri.
Klu korang perasan ada pokok besar tu kan...

Nie pintu terowong..ada berani nak masuk???

Pintu masuk bangunan muzium.
Ape yg dipamerkan dlm muzium tu?? dah tentunya sejarah mengenai perlombongan..
kang letak gambo marie monroe kang tekezut lak..

Oh yer luper ada pemberitahuan..gambar 2 diatas kecuali pic mee jawa adalah ehsan dr blog lain, sbb tuan badan x dan nak masuk oleh kerana tuntutan kerja yg perlu segere..cewahhh..
sampaikan makan mee jawa pun tersedak2 rase..

Fakta sejarah Sg. Lembing utk kiter kongsi ekk;

1) Pekan kecil yang terletak kira-kira 42 km dari Kuantan, Pahang ini pernah melakar sejarah sebagai 'El Dorado of The East' kerana kekayaan hasil perut buminya pada awal abad ke-20 yang dikatakan bermula pada tahun 1906.

2) Pokok-pokok besar yang terletak di tengah-tengah pembahagi jalan di sepanjang North Main Street danSouth Main Street di
pekan lama itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa Sungai Lembing merupakan sebuah pekan yang tinggi nilai sejarahnya.

3) Di kiri kanan jalan yang nama asalnya dikekalkan itu berdiri megah bangunan-bangunan rumah kedai yang kebanyakannya masih dalam keadaan asal termasuk termasuk masjid. Bangunan-bangunan yang mempunyai ciri-ciri binaan kolonial, Cina dan Melayu itu nampaknya dijaga rapi sebagai satu khazanah yang cukup berharga.

4) Konsep ‘kedai bebas cukai’ difahamkan telah lama wujud di sini yang mana para pekerja Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) diberikan peluang membeli-belah barangan import di gudang premis syarikat seperti kemeja Arrow dan kasutClarks yang jauh lebih murah berbanding di Kuantan.

5) Sebuah panggung wayang dibina sebagai hiburan dan berpeluang menonton filem dari Britain dan Hollywood. Kini panggung wayang itu telah ditukar menjadi dewan orang ramai.

6) Pekan Sungai Lembing telah dibangunkan pada sekitar tahun 1880an apabila British mula membuka industri perlombongan di kawasan tersebut. Sejarah pembangunan pekan ini sebenarnya jauh lebih awal berbanding kewujudan PCCL yang bermula pada tahun 1891. PCCL mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1906 dan berakhir pada tahun 1986 setelah harga pasaran bijih timah dunia merudum. Syarikat ini telah memajak kawasan lombong tersebut selama 77 tahun. Sehingga 1970-an lombong PCCL milik British ini merupakan pengeluar bijih timah utama dunia dengan kaedah perlombongan bawah tanah. Pada zaman kegemilangannya lombong ini merupakan antara lombong bawah tanah yang terbesar di terbesar di dunia.

7) Panjang terowong yang terdapat pada keseluruhan lombong ini ialah kira-kira 322 km dengan kedalaman antara 610 hingga 700 meter.
Mengunjungi Sungai Lembing tentunya tidak lengkap jika tidak mengunjungi Muzium Sungai Lembing dan kawasan perlombongan tinggalan PCCL tersebut.

8) Muzium yang mula dibuka pada tahun 2001 ini terletak di atas bukit merupakan banglo yang dikhaskan untuk Pengurus Besar PCCL pada suatu masa dahulu. Banglo yang bercirikan bentuk kolonial ini telah dibina pada tahun 1911 menghadap Sungai Kenau. Di muzium ini terdapat artifak-artifak, alat-alat komunikasi dan peralatan perlombongan yang telah digunakan semasa era kegemilangan syarikat tersebut. Selain itu terdapat gambar-gambar para pegawai atasan yang pernah berkhidmat dengan PCCL.

9) Apa yang menarik terdapat diorama lombong bawah tanah yang mempamerkan betapa sukar dan berisikonya pekerja bekerja dalam lombong tersebut.
Salah satu ruang yang menarik ialah pameran bilik tidur Pengurus Besar PCCL yang mempamerkan set bilik tidur antik, radio, almari pakaian, buku-buku yang dibaca dan beberapa perabot lain. Dinyatakan juga bahawa banglo tersebut merupakan tempat penginapan KDYMM Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah (Sultan Pahang Yang Ke-4) yang kerap berangkat ke Sungai Lembing pada zaman pemerintahan baginda. Di sebelah luar terdapat peralatan melombong yang berat manakala di luar pagar bangunan muzium ini terdapat Pejabat Besar PCCL yang masih teguh berdiri.

10) Kira-kira 300 meter di atas bukit terdapat ‘Muka Lombong Tai Pei Tong’ iaitu lubang terowong yang digunakan untuk memasuki lombong bawah tanah tersebut. Manakala di bawah bukitnya terdapat tapak enjin besar PCCL tempat memproses bijih timah yang dilombong. Banyak lagi kesan sejarah yang boleh diterokai di kawasan ini yang dapat kita manfaatkan khususnya sebagai bahan pendidikan kepada generasi baru dan generasi akan datang.

dah abiss!!!

Pic bawah lak saje nak menyebok...sekitar gambar pd hr tu dlm hutan..

My team...3 kenderaan sekali masuk ko..bg takut itu org ceroboh la.
.
Ini saje adegan lepak2 atas kayu tumbang...mak dh nampak gemoks koo..
.
Pic aper lak nie..dah ler ghuper kasut mcm x basoh setahun..haha..
Nie le langkah2 yang meninggalkan jejak di hutan or jejak rimbawan..haha..kononnya

1 comment:

  1. Saya org sg lembing tapi fakta-fakta tu semua saya tak tau. Heheh. Nama penuh PCCL tu pun saya tak tau. Malampau kan? Yang saya tau, cuma mee jawa. Mmg sedap kalau sesiapa yg suka makanan manis.

    ReplyDelete