Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Monday, February 21, 2011

Gemilang

Sekarang saye kt K.Selangor. Kenape sy berade disini, itu citer kemudian ek. Tp nak citer dulu pasal gemilang sbb saat nie tgh melayan citer nie. Tp mmg best giler citer nie, meruntun jiwa kalbu dr episod 1 lg. Klu citer arahan Khabir Bahtiar mmg meletop n x ler merepek meraban mcm sesetengah director tp dpt award!!..erghh...semue la tu...Klu x ikhlas wat citer sbb semate2 utk keuntungan n award, baik x payah..x der kesedaran dr citernyer itu. Tp mmg saye suke citer yg melibatkan kerjaya pendidik. Ingat lg n3 dr saye mengenai citer indon "Laskar Pelangi"?? 3 kali beb sy dh tengok, still menitis air mate..jiwang ker saye nie..huhu
Arahan KB dr citer Nur Kasih lg saye mmg minat sbb elemen kesetiaan diutamakan lg2 klu Tiz yg berlakon, mmg menjadi. X kesah la siape n mcmane Tiz tu kt luar, tp kiter mbik kebaikan die dlm lakonan. Klu sentiase memandang yg negetive jer mmg x dpt aper la kiter.
Ok, berbalik dr citer asal td, saksikan lah sendiri terutama para pendidik. Rase2 ade lg ke cikgu mcm tu zaman sekarang? tp mesti jawapannyer " ikut keadaan semase la, itu zaman biler, sekarang zaman aper?" ok, fine. Jawapan yg selamat. Tepuk dada tanyer selera kan. Almaklumlah saye sendiri x pernah merasai mcm jd pendidik di zaman serba teknologi skrng. Tp Ape pun jom kiter soroti sinopsis citer ni, maner tau yg terbabas masuk dlm blog saye nie terus jatuh chenta pd ini cerita.
(ihsan dr blog lain, just for sharing 2geder-geder.. ;)


Gemilang adalah cerita seorang guru di Kelantan iaitu ayah mentua saya sendiri (ayah Mira Mustapha). Dia sudah meninggal dunia, namun kisah perjuangannya patut menjadi teladan kepada anak muda zaman sekarang. Pelakon Shahz Jazle diberi tanggungjawab memegang wataknya iaitu sebagai Cikgu Saifullah.

Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.

Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.

Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.

Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.

Institut Gemilang dibuka pada tahun 1976 untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.

Menariknya drama ini apabila watak empat guru itu digambarkan sehingga ke usia emas mereka di mana watak Saifullah dipegang Aimi Jaar, Asmah (Kismah Johari), Umar (Zulkifli Zain) dan Ruhana (Aznah Hamid).

Pengarah drama ni, Kabir berharap Gemilang akan menjadi sumber inspirasi kepada penonton yang sarat dengan keceriaan, kelucuan dan emosi demi menyelamatkan pelajar mereka yang cintakan kejayaan.

Elemen percintaan turut diselitkan bagi memantapkan lagi jalan ceritanya. Asma dalam berusaha menjadi insan yang berjaya tidak mampu untuk menolak cinta Saifullah.

Para pelakon dalam Gemilang

Shahrizal Jasle Jasmin (Saifullah), Ahmd Kamal Ahmad Adli (Kamal Adli – Umar), Natasha Sheila Abdul Razak (Ruhana), Siti Zakiah Abdul Razak (Tiz Zaqyah – Asma), Datuk Jalaluddin Hassa (Cikgu Talib), Che Kem (Ghazali), Syazwan Zulkifli (Ringgo), Talha Harith (Azlan), Puteri Fateen Nasuha (Dahlia), Mohd Amin Abu Bakar (Kahar), Abdul Muniff Md Isa (Johan), Nor Nashree Nor Azmi (Hamzah), Diandra Arjunaidi (Suzanne), Kishvin Sirinavin (Raj), Gregory Sze Lai Huat (Chee Keong). TARIKH SIARAN: mulai 24 Januari 2011, setiap Isnin, jam 9 malam.

haaa....kan saye dh kater td!!memang best jalan citer nie. Tengok jgn x tengok.

No comments:

Post a Comment