Tp semalam nekad gak sbb dh x tahan beb!!
Ok..aper yg sy nak kongsi...dlm cadang nak cabut, x jd lak nak cabut..tp malah tambah lg ader la..hehe..tambah gigi ke?? bukan lerr.. tp tambah kos daa..
Gigi sy nie rupenyer gatal gak nak ber 'crown' bagai rupenyer..grrr...nie le jawapannya nape jd mahal..
Dentist tlh berjaya mmpengaruhi diri ini..huhu..x per la janji x rongak gigi sy. So utk pasang crown nie sy kene buat rawatan salur akar (rawatan endodontik)
Opss..aper tu?? ok lah,meh kiter share aper bender tu..
Rawatan ini merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang telah dijangkiti atau rosak atau mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.
Crown ni boleh dibuat untuk menggantikan struktur gigi yang telah rosak. Sebagai QS, pasti kos yang akan diperdebatkan..hehe. Okeh! Nak buat benda alah nih akan menelan kos sebanyak RM 1300 untuk sebatang gigi. Actually die ade 3peringkat harga depend on quality kerja. Start dari RM850, RM 1300 & yang terakhir RM 1500. Do sy pilih yg murah sekali.. --mahal oo...
**Material CROWN ni lebih kurang macam kaca, ada kemungkinan ia akan retak kalau kita gigit sesuatu yang keras menggunakan gigi crown tersebut. So, kalau dah buat gigi crown nih, kene la jaga betul2 ye. :)
Apakah ciri-ciri gigi yang memerlukan rawatan akar?
- Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
- Gigi yang telah mati
Kenapa rawatan salur akar perlu dilakukan?
Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat mengekalkan gigitan dan fungsi gigi.
Apakah akibatnya jika rawatan ini tidak dilakukan?
- Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk
- Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut
- Gigi itu mungkin terpaksa dicabut
Prosedur
• Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temujanji.
• Salur akar (kanal) gigi akan dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan
peralatan dan ubatan sebelum ianya ditutup.
So, next appoinment sy 2 Mei nnti utk pasang crown lak.
Sy g klinik Pergigian K.S Liew jln teluk sisek n yg merawat sy isteri pd tuan klinik tu, Datin Dr.Esther Y.Y Chong..mmg best die layan, x rase sakit pun..
Ok ..selain crown ade bbrp rawatan lain klu nak wat kat klinik nie..
bridge : macam jambatan antara gigi .. hahha..kompem mahal gilakss..
implant : ni letak titanium dalam tulang, pastu bubuh gii palsu kot .. yang sy ingat ade titanium, metal yang paling sesuai dengan badan manusia .
kos around RM 1800...titanium tu yang mahalnya ..Ade berani nak cube??
No comments:
Post a Comment