Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Wednesday, March 23, 2011

Kari Ayam Lengkuas



..sy masak sempena adik dtg umah seminggu lepas..klu ikut lauk nie rase dh basi ..tp gambar x leh la basi kan..so, sblm citer n resepi nie pun ikut basi, baik sy tayang cepat..hehe
Time Kaseh Kak Yatie, copy resepi akak yer..tp klu dpt rase akak punyer mesti lg sedap kan..
Sy lak br 1st time nie masak, so rase mcm ade kekurangan sesuatu, tp x per la , nnti nak cube wat lagi. Memang agak banyak la ramuan n step, tp bila susun awal2 n rancang nak wat mana dulu, pasti cepat kan.

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam, potong pada saiz sederhana besar
  • 4 biji kentang, belah 4 setiap satu, rendam
  • 2 keping asam gelugor
  • 1/2 camca besar gula melaka
  • 1/3 cawan cili kisar
  • 3 camca besar rempah kari daging (mat gun Baba's)
  • 2 inci lengkuas, hiris dan titik
  • 300 ml pati santan
  • 1200 ml santan cair
  • Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 3 biji buah keras
  • 15 biji lada hitam
BAHAN TUMIS :-)
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 tangkai daun kari, asingkan dari tangkainya
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Rempah kari dibancuh dengan bahan kisar halus. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masuk cili kisar dan lengkuas, tumis hingga cili graring. Masuk bahan kisar halus + rempah kari dan masak hingga terbit minyak...
  2. Masukkan kentang dan gaul rata. Tambah ayam tadi gaul dan biar ayam kecut. Tuang santan cair, kacau dgn buar mendidih hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor, gula melaka dan perasankan dengan garam. Tuang pati santan dan masak dengan api perlahan sambik dikacau sekali sekala.
  3. Bila ayam masak dan kentang empuk, boleh matikan api, rasa dan jika perlu tambah garam. Hidangkan bersama nasi, roti atau pun lempeng pekak...

No comments:

Post a Comment