..haaa..yg lelaki tu senyum jer bile sebut madu ekk...haha..nie madu lain k..madu yang boleh menyelerakan rasa..
..Ok la, nie menu utk sarapan pg td..Nasi tu sy rebus mlm td, so pepagi dah sejuk n pejal cantik. Kuah kacang pula bahan2nya sy dah siap belender mlm td juga n ayam madu pun perap siap2.
Pg td tinggal godeh2 jer..hehe..
Perancangan hr nie g Hutan Lipur Berkelah, ade program gotong royong bersama student POLISAS. Gambar2 di sana akan sy tayang kemudian ekk..
Nasi Himpit
~ ready made..hehe..sonang jo kan..sy rebus dlm periuk jer..
Kuah Kacang
~ Kacang tanah goreng + Bawang Goreng+udang geragau goreng -- belender kering hingga hancur
~Bahan sambal - bawang merah+putih+halia+lengkuas+buah keras+cili kering +serai--blender basah
~ Tumis bahan blender basah dan bubuh gula (3 sudu makan) --biarkan hingga menggelegak
~ masukkan bahan belender kering td + air+asam jawa+garam
~Biarkan sehingga menggelegak dan sentiasa tambah air sehingga terbit minyak
Ayam Madu
~Bahan Kisar - bawang merah+putih+halia+serai
~ Sos tiram+sos cili+sos lada hitam+madu
~Campurkan bahan kisar dan sos ke dalam ayam- gaul sebati dan perap satu malam..
~Bakar dlm ketuhar sehingga masak
No comments:
Post a Comment