Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Friday, March 30, 2012

Putat

Minggu lepas otw balik raub, sempat singgah jap pasar malam mempaga...
wah!!..meriah gak kat situ..macam2 ada..
Saya sempat sambar nangka muda, pucuk paku n tetiba terpandang buah yg x pernah lak sy tgk..

Nie die..buah PUTAT

Mula2 tgk ingatkan buah jambu boy mude..kurang lebih jer kan rupenyer..

Esoknya semua ulam jd lah santapan kami...tp kan nie mcm salad gak kan..mcm opah cakap tu..
Saya wat sambal kicap. sedap sgt cicah ngan nangka muda rebus.


Ditambah lagi sambal mantah hasil tumbukan lesung oleh MIL...huhuu..pedas berapi!!!

Cam biasa sy sertakan fakta2 berkaitan putat..

Pokok putat biasanya ditemui tumbuh di lembah-lembah, tepi sungai dan kawasan tanah lembap. Ketinggian pokok putat mencapai sehingga 28 m. Daun putat berbentuk bujur, panjang dan tebal dengan bahagian tepi bergerigi kecil. Daun muda di bahagian pucuk berwarna merah keunguan dan apabila matang daunnya berubah menjadi hijau tua. Bunga putat mempunyai empat kelopak dan kudupnya berwarna merah keunguan atau putih mengikut jenis putat itu. Kegunaan Pokok putat berbuah sepanjang tahun dan buahnya yang muda boleh dimakan sebagai ulam. Pucuk putat lembut dan biasanya dibuat ulaman, kerabu atau sebagai ulaman dalam laksa. Pucuk putat yang tumbuh di tebing sungai digunakan sebagai syampu pada zaman dahulu kerana ia akan menghasilkan buih apabila diramas bersama air. Buahnya mempunyai rasa kelat dan perlu dikopek kemudian dihiris sebelum dimakan sebagai ulam. Buah putat juga boleh digunakan untuk mencegah kegatalan kulit dan mengubati beberapa jenis penyakit kulit. Pucuknya yang dimakan sebagai ulam adalah baik untuk kesihatan kulit, dan melancarkan perjalanan darah. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda. Buahnya yang diparut dan dijadikan jus ataupun ditampalkan pada bahagian muka boleh melicinkan kulit. Akar putat yang direbus, diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin. Daun putat yang ditumbuk bersama-sama beras, dipupuk atau disapu pada bahagian yang terkena cacar air akan mempercepatkan tempoh matang cacar air dan mencegah ia merebak ke seluruh badan. Kulit pokok putat yang dikeringkan dan dibakar kemudian asap yang terhasil disedut pesakit resdung dapat mengubati resdung yang dialami.

Sumber : http://adrydaud.blogspot.com/

Mengikut maklumat yang diperolehi, pokok putat boleh diproses sebagai ubat cacar air, gatal dan resdung. Berbeza dengan ubat-ubatan farmasi yang mana setiap jenis selalunya hanya digunakan untuk mengubati penyakit tertentu, kebanyakan pokok-pokok herba boleh menjadi penawar kepada banyak penyakit. Cara penggunaan atau perubatan menggunakan pokok-pokok herba boleh disesuaikan mengikut keperluan dan keserasian pesakit serta jenis-jenis penyakit yang dihidapi. Misalnya pokok putat mempunyai kelebihan kerana pucuk, daun matang, buah dan kulit batangnya masing-masing ada khasiat tersendiri. Pucuknya boleh menjaga dan memulihara kulit, buahnya untuk menyembuhkan atau mengurangkan gatal-gatal manakala daunnya untuk mengubati cacar air dan kulit batangnya pula bagi mengurangkan komplikasi resdung. Bagaimanapun, pokok putat atau nama saintifiknya Barringtonia Racemosa agak sukar ditemui kecuali di lembah-lembah, tepi sungai dan kawasan tanah lembap. Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), En.Tajuddin Abdul Manap memberitahu, ulam pucuk putat mampu memulihara kulit daripada penyakit gatal. Buahnya pula yang mempunyai rasa kelat perlu dikopek dan dihiris-hiris sebelum dimakan begitu saja atau dibuat sambal. “Buah putat ini juga mencegah serangan gatal-gatal di samping boleh mengubati beberapa penyakit kulit lain,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Kata beliau, untuk mendapatkan khasiat daun putat, lima atau enam keping daun perlu ditumbuk bersama-sama beras terlebih dahulu sebelum dipupuk atau disapu pada bahagian yang terkena cacar air. “Ia perlu diamalkan beberapa kali setiap hari bagi mempercepatkan tempoh matang atau `masak’ cacar air di samping mengelakkan ia merebak ke seluruh badan,” ujarnya. Sementara itu, En.Tajuddin menambah, kulit batang putat perlu dikopek dalam ukuran sebesar kotak rokok dan kemudian dijemur sehingga kering sebelum dibakar. “Kulit pokok ini perlu dibakar sedikit demi sedikit dan pesakit resdung kemudian bolehlah menyedut asap daripada kulit putat yang dibakar itu sehingga mereka merasakan hendak terbersin. “Dengan menyedut asap daripada kulit putat untuk beberapa ketika, pesakit resdung akan merasakan air lendir keluar dari hidung mereka,” Pelik Tapi Benar.. Percayalah….. kekeke

Sumber : http://putatan.aforumfree.com/

International Javanies!!!

Rase2 Mark Zuckerberg paham tak??
ker die yg wat dwi bahasa spy satu donia leh pakai fb..hehe

Aku Kaya!!!

Saper nak kongsi duit ngan sy?? meh join sekali wat perjanjian..pastu kita pakat wat business keropok lekor nak..hahaa!!

Saper la yang ngok ngek (perkataan kakak bile marah kat adiknya) saje2 nak bagi duit kat dunia nie kan??? pencopek duit banyak la...

Dh ler email nie dpt dlm web gov punya.

Eh!! nak kongsi tak nie?? cube bace email kat bawah nie klu x caye lg

** errr..dua juta pound tu nilai nyer brp ek??..

Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan. Hazrawaty Binti Mustapha from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Pounds) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.

Salam,

Puan. Hazrawaty Binti Mustapha.

=========================================================================================

Dear Beloved one,

I will like you to read this mail showing some sign of concern to it. My name is puan. Hazrawaty Binti Mustapha a business merchant in Malaysia. As a result of my present medical condition now, my personal doctor confided in me few days ago that I have only but few more weeks to live and I see it as life been unfair to me. All my life i always pray for more opportunity of helping/contributing on humanitarian assistance.

In view of this setback, i want to donate my estate for humanitarian assistance, since this has always been the plan of my late husband and besides i have no child. I once asked members of my family to close one of my accounts and distribute the money which I have there to charity Organization in Somalia andPakistan , they refused and kept the money to themselves. Hence, I do not trust them anymore, as they seem not to be contended with what I have left for them. In an effort to compliment the good work of God almighty and the wish of my late Husband I donate the sum of £2,000,000.00 (Two Million Great Britain Pounds) to you. On your acknowledgement of this mail and informing me of your nationality and current place of resident, my lawyer will facilitate due processes for transfer of this legacy to you. May God bless you as you use this money judiciously for the work of charity.

Sincere regards,

puan. Hazrawaty Binti Mustapha

From: Malaysia


--
This message has been scanned for viruses and dangerous content byMySpamGuard State Government of Pahang, Malaysia and is believed to


So berhati2 la ngan email camnie ekk!!..jgn sampai WA KENA BEB!!




Adakah mamat nie yg antar email?? badan tinggal tulang sbb kene barah tahap serius..
Tgh peluh2 sbb x jumpe lg org yang sudi terima harta2 die..kahkahhh!!


Atau mamat yg hensem sdg mencari mangse awek2 lawo cth mcm saya..sbb tu tu sy dpt email nie..kahkah100x

Monday, March 26, 2012

Nyawa saya..

Hati nie masih berdebar lg... seriau rase..nie gara2 kakak wat hal lg hr nie.
Semalam elok die sekolah dr rumah ibunya, sy lak ngan cek abe dtg sbb nak uruskan pendaftaran adik die. Ntah cmner die leh terpandang ke kami yg br nak naik pejabat sekolah, terus die meluru dan nangis nak balik..Geramnya rase tgk kakak cmtu, bile di tanyer x nak lak jawab sbb aper.

Hr nie lak sekali lg..tp kali nie sy bukan marah or geram tp seram bile difikirkan balik.
Kebetulan hr nie cek abe mbik cuti lg, so kakak g sekolah tghr dihantar oleh ayahnya.
Sy lak masih lg meeting di komtur..ngan hphone dlm silent mood.
Tgh meet terpandang phone ada panggilan..
" puan..nie anak puan ade kat opis"..ok la mase tu pikir kakak nagn ayahnyer la singgah jap
" die sorang jer puan, tgh menangis nie x nak cakap"...hah????
Lps tu tgk miss call banyak masuk sblm tu termasuk dr ibunya. Sy call ibu katernyer ade org kedai nampak kakak berjalan kaki sorang2 sambil bawa beg menuju ke opis. Ya Allah..mase tu lemah segala lutut rasenyer. Bg org dewasa mungkin dekat nak berjalan kaki tp lenguh gak la dr sekolah ke opis sy, tp klu budak kecik tu sorang2 kat jalan besar...dh ler tgh panas terik...
Terus sy minta xcuse balik opis dulu..sampai jer bile tgk kakak sy lak yg dulu menangis..mau tak nyer bile terbayang betapa jauhnya die berjalan sorang2 tgh panas..
Menangis sy sbb rase syukur sgt kakak selamat sampai ke opis. Rupenyer staff saya pun ada ternampak kakak berjalan sorang kuar dr simpang kedai tu.
Sy cube pujuk kakak spy citer sbb x nak g sekolah, tp cmner sy nak pujuk klu sy sendiri teresak2 menagis..yg kakak dah elok diam dek d pujuk staff sy pun ikut nangis sekali lg..huhuuu..
Puas memujuk hati sendiri n pujuk kakak g sekolah semula, seb baik die nak tp nak sy tunggu sekali..aduhai!! Sudahnya sy tinggaklan jer ngan cikgu kelas die dlm die menagis lg..klu ikut mmg x sampai hati tgk die cmtu..
Kol 4 ptg sy dtg balik ke sekolah sbb ade pemeberian duit bantuan 100hengget, so sblm masuk kelas kakak, jeling2 la kakak dlm tu..ehh..elok lak main ngan kawan2..siap berlari2 lg.
Mlm td dlm mase nak tido sy pujuk lembut2 sekali lg spy kakak citer sbb x nak g sekolah..rupenyer ade satu kawan die suka kacau n mintak duit..alahai anak ummi!!.. bile dpt tahu nama budak tu terus sy call cikgunya.. n cikgunya berjanji akan cuba slow talk ngan budak tu ..rupenyer budak tu kelas sebelah. Siap cikgu citer gak mmg budak tu nakal ckit sampai anak die sendiri ckp x nak kawan ngan budak tu..emm..tula bebudak nakal biase jer tp bile penerimaan oleh rakan sebaya mesti takut gak.
Ayahnya lak x tahu kakak kuar balik dr sekolah lps hantar tghr tu..mmg mase hantar tu ayahnya ckp muka kakak dh lain..emm..cian anak ummi nie, lembut sgt bile kat luar..kat umah bukan main lg garang ngan adiknya. Ya Allah..harap lepas nie jgn la terjadi lagi cmnie..


Alhamdulillah!!.."nyawa" sy masih ada..

Sunday, March 25, 2012

Kumbang Pahang Bunga Perlis!!

Alhamdulillah!! Hari Keluarga JPNP dh pun selesai berjalan lancar semalam..stlh seminggu x leh tdo lena sbb kerisauan gara2 pengurusan ade yg lari dr perancangan. Time meeting masing2 ade tugasnya tp dh hampir dekat ngan acara x nampak pun bayang persiapannya..sudahnyer sy pun kene gak mengambil tugas2 itu last minit...hmm..tp bila majlis pandailak tunjuk muka seolah dielah yg wat keje, sy lak mmg x pandai la nak menunjuk2 or nak takel hati org. X per la, terima jer la slg mmpu. Seb baik staff sy sendiri turun padang mmbantu n menceriakan suasana.
Gambar2 dibawah bukan gambar heri keluarga JPNP tp hari keluarga sy sendiri..lg enjoyy w/p pitih lps tu x brp nak enjoy...hohoo..

Tujuan sebenar kesane sbb nak menyunting bunga di taman..kami dr keluarga kumbang terbang ler dr Kuantan ke Pergleh..rase nak tercabut sayap jauh no tebang tau..

Nie le bunga dr pergleh..selamat pun diikat dengan tali pertunangan..Majlis?? hoho..nampaknyer terbang sekali lg la kami nnti bulan 11...kene kumpul duit ckit2 leh shoping lagi..hehe

Tp kan....riangnyer hati kami dtg dr jauh dihidang makanan sebegini..mmg kene ngan tekak..
Nasi campur ala2 kampung - ikan bakar + ulam2...pastu ade lak laksa perlis yg mmg terkenal ngan kesedapannya...Wallahh!! nangis tau dpt makan laksa tu..huhu..terbayang2 lg nie rasenyer..
Bg sy mmg paling sedapla sbb kuahnya x brp pekat tp rasenyer yg kuat...x bayak sampah -maksudnya x der ler serabut ngan daun kesum la, kantan la.. ke di blend semua kot..sbb rasenyer ttp ade.

Mokcik nie mmg x sabor dah nak melahap..sebelah sy tu pak sedare cek abe, pengarah kastam Perlis, so semua diskaun2 penginapan di mes pegawai kastam, feri n van sewa juga cukai adelah pertolongan beliau...
time kaseh Pak Ngah..hujung tahun nnti kami bertandang nak mintak diskaun lg ek..

Abaikan dak tecik ngan bakulnya it, tgh kyusuk mengira brp nak kene bayor....hehe

Antara tempat yg sempat kami singgah - Dataran Helang, Minyak Gamat Nusantara, Cable Car - x naik pun..gayat, Makam Mahsuri, kedai coklat2, Zon Bebas Cukai n yg bestnya dpt g Idaman Suri..Nie adelah kunjungan sy ke langkawiyg ke 4..dah hafal jln dln tu..cewah!! padehal sesat barat gak..
Kakak n minyak2 yg diborongnya..

Bg arnab makan..sepeket lobak seringgit, sekelip mater jer abis..punya la pelahap arnab nie. Adik mula2 berani la bg makan tiba dtg sekumpulan arnab berebut makanan, terus naik riba umminya dh..meronta2 takut..hehe

Kami anak beranak sbg pemandu pelancong. Dpt lak Van besor n baru..amatla selesa kan..

Dak Tibam!!

Di Dataran Helang

Dalam feri

K..semoga dipanjangkan umor utk dtg lagi kesini..

Saturday, March 24, 2012

Ayu di Hari Jumaat

Jeng..Jeng!!!...


Ayu tak??..hehe..Sekolah Deja ada satu lg baju seragam baru..dipakai khas utk hr Jumaat. Wahh!! baguskan..

see..dak tibam dok tgh mcm ketua team nasyid kan..dah ler tinggi n besar ckit dr kawan2 die dh mcm kakak ngan adik2nya je.

Anak2 teruna segak bersampin.

Wednesday, March 21, 2012

SESAAT KAU DATANG by RAMLAH RAM ft. SLEEQ

Mari kite selang masa ckit dgr lagu nie..best ler lagu Kak Ram!! leh lawan Tok Ti nie..hehe



Tp kan tgk care org nie tawen...sanding cr krist kan klu cmnie?? ikshh..
Video nie dh cantik tp cm x kene lak..tudung lak banyak ikut style M Teresa..
Errr..ok berprasangka baik je la ekk..cume x leh ikut sgt.
Sy suke melodi nya sahaja..peace!!

Tuesday, March 20, 2012

Mahalnyer weii!!!

Mata berat lg gara2 tido kol 3 pg td..badan lak letih stlh menempuh perjalanan hampir 12 jam..nun dr utara no..
Kakak n adik pun dh 2 hr miss sekolah..
Pg ni kene gak masuk opis..mcm2 panggilan ade..nak coti pun x tenang gak..klu berani off talipon..errr..ader berani??..x pe..baik jwb panggilan drpd cari alasan nape x angkat phone..lg susah..grrr..

Sebelum masuk opis, singgah 7E sbb nak beli sarapan lain x der selera rase.. so inilah peneman perut sy pg nie..

Kombinasi yg amat kene ngan tekak..hikss..tp tolong ler wahai jerawat, jgn ko singgah ekk..pantang makan kacang mule la ko ziarah ekk..cube buat2 kesian ckit kat muke aku nie yg x brp nak ngecun dah..;)
Tp nie x mahal pun!!

* agak bz ngan persiapan hr keluarga jabatan sabtu nie..ok..jgn kacau sy..keje x thensen sgt tp pengurusan AJK yg agak ..emm...Apapun harap semua berjalan lancar nnti..
Sy br tempah belon utk gimik..yg gunting tali pastu terbang tu..lerr.mahal ruponyo..200 bj belon jer..tp rege 600hengget sbb guna gas hilium kan..---ni yg mahalnyer..;)

Wednesday, March 14, 2012

Steamboat Sri Affa

My FIL ada d Kuantan sbb lusa nak tolak dah melencong cuti2 1 malaysia..hehe
So mlm td maleh nak masak ajak la g makan Steamboat...

Steamboat at Sri Affa... Jln Teluk Sisek..jln nak menuju ke TC..

Selain Steamboat, ade gak masakan panas n Puding Di Raja

Adik khusyuk makan bihun sop


Ummi n anak2 daranya..same shantek n same padan...*wingk*
Bahan2 steamboat..Nie set utk 2 org..tp tgk le bahan lauk tu disusun amat la jauh2 kan..huhu..

Kombinasi 2 kuah -- Tom Yam n Sop...mmg sedap rase kuah nya iteww..

Sunday, March 11, 2012

Kwe Teow Kicap

Dinner kami mlm td..simple jer tp boleh mmbuatkan kite tdo kekenyangan mcm ular sawe.. ; )

Resepi mcm Kwe Teow Ladna..cume kwe teow tu sy gaul ngan kicap n minyak zaitun ckit pastu goreng tanpa minyak jap..n br la siranm ngan kuah tu..


Air Kiub Tembikai...
Sy wat tembikai tu cm nie.. potong tembikai tu bentuk kiub sederhana besar, lps tu bekukan dulu dlm freeze. Esoknya nak minum blen kiub tembikai tu..
so jdlah tembikai shake..hehe..boleh gitu??

Saturday, March 10, 2012

Hasil kerja Kakak



Tgh susun buku kakak utk esok, tetibe terbaca hasil kerja BM akak..
"Akak wat sendiri ker?"
"A'ahh..tp name atuk ngan nenek akak x tahu..cikgu suruh tulis aper2 la"
"hehe..akak nie..bile mase kite tinggal Sarawak kak?..naik Avanza lak tu"..
"ok..tp Ummi tolong la betulkan".. ;)

Kad kawen@saman..heheh


Wahh!!..simple tp amatttt praktikal kad nie kan!!
Selalunya bila dpt kad kawen akan bersepah sane sini n akhirnya akan buang bile majlis dh lepas.. tp kad cmnie mmg sy x kan buang la sbbnya ada kalender 2012 sehingga 2013..boleh tegak atas meja lak tu..
Yg uniknya pasangan bakal pengantin nie siap letak tarikh bila n dimana mula kenal sehingga ke merisik, bertunang n last sekali taweenn..sooooooo romatik maaa...
Terima kaseh pd en Aziz, pemadu kenderaan PHN kerana sudi menjemputkami ke majlis perkahwinan anaknya pd 31 Mac nie kat IM, InsyaAllah kami akan hadir n dpt menolong menghabiskan nasi minyak nnti..hehe
So saper2 nak kwen tu cr la idea camner nak wat kad kawen yg org x kan buang punya @ atleast org akan berfikir dulu sblm buang.....

Wednesday, March 7, 2012

Seminggu itu telah berlalu..

Lamenyer rase x sapu umah nie..tuan umah agak kepenatan minggu lepas..dlm seminggu 4 hr masuk utan..seb baik mmbebel kat blog nie bukan tujuan utk dpt duit nuffnang, klu x mesti terbanyang hilang komisyen kan..haha..suke2 jer kan..
Lg pun 3 minggu lepas kami diuji ngan ketidaksihatan cek abe..dlm sebuk kerje sempat sy temankan cek abe g hospital..tp tu la ..kire mmbazir 2 minggu dh sbbnya berulang2 ke hospital siang mlm, time menunggu lak leh tertido dibuatnya...hampeh x der jawapan punca penyakit cek abe..huh!! lembap ya amat..Sampai tahap cek abe x tahan kene demam teruk, x leh nak drive pun..tetibe terfikir try la hospital swata..so g la kami kt Kuantan Medical Centre. Hasilnya hari yg sama terus tau puncanya lps kene scan n dicadangkan masuk wad utk abiskan antibiotik..rase2 cek abe nak ke dok wad melongo gitu??..huh bertuahla kan selagi leh jalan!!..sanggup dtg hospital ikut time utk masuk antibiotik tu..so cek abe kene la 2 kali sehari dtg hospital.
Bayaran?? well..name pun jospital swasta kan..lebih 1K la, tu x masuk rawatan semula next week..tp x per, tu gunanya simpan duit bile ade kecemasan tetiba cmnie kan..janji cek abe sehat..menderita tgk cek abe mengeluh sakit2..tp terkilan lak x snap pic tangan cek abe yg ade jarum utk masuk air tu n bawa la kehulu hilir slm 3 hr..tu la kan, bile kiter x rakam utk jdkan memori, sudahnya menyesal...

Ok masuk bab keje lak..nie jadual minggu lps la kan..hampir setiap hr balik umah dh gelap...

Isnin - Taklimat Lesen Operasi Balak d Hutan Simpan - kat Felda Lepar Utara..haa..bapak ke jauh tu..dh ler kereta sangkut dlm hutan rimba tu..time tu la pikir bestnya klu ada king kong yg leh tolong angkatkan kereta..tarzen ker..hik3..sudahnya sp umah nak 8 mlm dh..seb baik cek abe cuti hr tu leh mbik anak2 kt sekolah.
Cikgu sekolah org2 tue sdng khusyuk mengajar..tp diorang nie sebenarnyer lg pandai dr kite klu bab2 kerja dlm hutan nie..
Dihidang jejemput labu..wallahh!! sedap banget..lg2 klu makan dlm hutan cmnie mmg semua sedap, tp tgk tukang masak la, klu dapur kotor n tukang masak indon yg x sememeh mmg sy x makan la weii!!..
Yg bestnya labu sebiji tu khas utk sy bawak balik..yeyee..

Rupe Rumah Kongsi utk pekerja balak tinggal @ sekolah org2 tue yg diajar oleh saye..hehe..jauh giler rase nak menyampai kesini.


Tgk Jalan Tuju yg akan digunakan utk laluan keluar balak nnti..kene periksa sbb semua mesti ikut spek jabatan

Ok..yg nie laluan sungai yg kami redah..nampak cetek tp nak naik ketebing kene guna wing gak..

Baliknya ikut jln shot cut la kononnya sbb leh jimat 1 jam, rupenyer tambah lg 2 jam..haha.
Time nie la lekatnya stlh mengharungi 2 sungai..tp akhirnya mengalah ngan patah balik stlh hmpir 10x wing tu keluar bekerja keras menarik2...

Selasa - Naziran --nie bukan name org ekk..nie name team org2 yg dtg utk mencari salah ..name pun audit kan..nie lak mbik adik je dh kol 7 ptg sbb Naziran tu abis lewat ptg..smp tadika adik rupenyer adik tgh makan kt kedai depan tu mami belanjer..wahh..sedap ler yer..sy pun mbik kakak dulu n join diorang makan smp x sedor kol 8 dh..gelap gak smp umah


..Tima kaseh la kome dtg serang opis kami ekk kasi gempar.., klu x selamenyer la staff sy dok dlm keadaan selesa termasuk sy sendiri mcm x wat kesilapan..bile dh kene tegor baru tergadah kan..org jowo kater ojo sangkek kesandong endase..hehe
Boss hr tu x der, so esoknya bile sy tunjuk keputusan tekejut beruk boss tau..haha..relex la boss!! kire lulus la gak kan..
ok, no relex2 lps nie, boss nak wat meet tergempar lepas nie..abis ler!!


Rabu - Semak sempadan lesen balak- Kat HS Remen Chereh..kene lalu belah sempadan jerantut..so perjalann jer dh mengambil mase stghri..tp kan ..itu rancangan asal la..tp pg tu gak la sy dpt panggilan kes tangkap 1 OKT bawa lori ade kayu haram dr unit lain..happy pun ade tp klu ikutkan dpt kes mmg la x happy..masalah adelah.. tp memikir x yah masuk utan yg jauh tu so sempat la nak join birthday party tadika adik ptg nie..tp kan..brp banyak tp daa..wallahhh!!..rupenyer kes nie melarat masuk ke hutan Chini tmp OKT tu mbil kayu ..smp magrib last sekali sumbat OKT tu ke lokap, tumpang lokap balai polis Kuantan sbb nie dh kali ke-2 die wat salah..puhh..lege bab hr nie..terus g taska adik, rupenyer adik dh g umah ibu, mak kawan die hantar...mami kate adik nangis sbb lambat mbik..huhu..cian anak ummi. Smp umah ibu, siap mandi dah ngan kakaknya sekali..nak memujuk hati diorang bawak la terus makan kat KFC..hehe..tektik tu..tp adik x abis2 merungut nape lambat..

Salah satu jalan hutan yg diceroboh haram. Yg nie x leh tunjuk pic bebanyak....rahsia kerajaan..tu mamat sorang tu staff sy lerr..


Dua hr lepas tu terus kuar paper HMetro mengenai kes ni..

Khamis - Mesyuarat Hutan Lipur at Tasik Chini..pepagi lg dh tolak..sempat ntar kakak n adik terus g sane..smp umah pun nak dekat mlm sbb singgah balai wat report pasal kes semalam..

Jumaat- Nie lg awal Subuh dh tolak ke Tasik Chini sekali lagi sbb ade program Tanam Pokok ngan Pengarah Hutan Pahang n dpt naik bot ronda tasik..kami tempah semua bot n ada 13 bot semuanya..so, memasing merempitla kt tasik tu..



Ok dahh..tamat dh hr Jumaat sbg penutup!!
opss..x abis lagi!!

Sabtu - Awal subuh gak keluar umah- Program tanam pokok bakau lak kat Hutan Paya Laut Cherating ngan student sem.3 POLISAS..enjoy ngan bebudak nie..w/p cuace rintik2 mase tu diorang redah gak nak tanam pokok.
Team sy pg tu semua merah mak ngah. Mokcik yg berpayung tu konon takut cair la kene hujan kan..

terase mude remaje lak bila dok tengah tu..hahaa...perasan jd student jap..hik3

Sesi taklimat oleh..errr..saye la..tu yg bebudak ngantuk tu..

Staff sy mengajar cara2 cmner nak tanam pokok bakau minyak n bakau kurap tu.. Yg berpayung biru tu En. Rafi jurufoto dari Harian Metro, so tunggula bile nak kuar metro kang..

Esoknya cuti tp penat cmner pun akan bawak anak2 kuar jalan2 selagi boleh..so, hr minggu bawak la anak tgk wayang citer "Cinta Kura-Kura"..emm..boleh la citer tu cume jln citer die biase jer..ade la selang lawak ckit2..cadang nak tgk Hantu Dlm Botol Kicap sbb si adik sebuk sebut2 citer tu tp dh x kuar rupenyer..astro dh mbik daa..beli CD je la dek yerr.

Ehh!! ok gak n3 cmnie kan..leh cover seminggu..hahaaa..tp bab masak minggu tu mmg gantung kuali la..