31hb oktober 2009 - Pejabat aku menerima lawatan dr Sek. Cina Chun Chin Raub utk menawan puncak Bukit Kolam d HSK Rotan Tunggal. W/p namenyer bukit tp aduhaiii..tinggi gilerrr...kire2 1000 kaki dr aras laut..br ler tau bebudak nie cmner tingginyer. Sebenarnyer ini lawatan kedua diorang tahun nie, tp yg first tu diorang kater x mencabar, so kali nie kitorang bg kaw2 smp x bersuare diorang..hehee..tp kitorang yg guide nie pun ikut termongah jugak ler. Layan jer la pic2 yg sempoat aku rakam kan..Tema pendakian nie - Nikmati Keindahan dan Terokai Misterinyer..hehhee
Para peserta diberi penerangan serba sedikit n panduan supayer diorang xpengsan..x kuase weii nak angkat2 nnti.
Pendakian dengan gaya mengiring..baru diorang tau cmner berjalan ikut lereng.
dua makcik yg semput2 tp nak mendaki gak..
Budak cute sebelah kiter tu peserta paling semangat, mau x ner beg die penuh dgn bekalan air. Biler separuh jalan dah x larat nak bawak beg.
Team pejabat ku @ staff ku yg setia menurut perintah ku..hehee...tanpe mereka sudah pasti x berjaya program nie..
Renjer Tengku sedang memberi taklimat semasa sampai di kemuncak
Nie lak gaye time turun bukit. Team last gak yg turun menggelongsor sbb tali dah putus.
NIe pemandangan bandar raub dr puncak bukit termasuk taman rumah ku.
Makcik dua orgn nie masih belum mmpu tersenyum sbb tgh sesak nafas..
Gambar2 dibawah antara sempat kiter snap. Ade name yg x pasti, yg pastinyer ade periuk kera, orkid liar, lumut n beberapa kulat hutan.
Siap masuk dlm nanyang siang pao lg..hehee. ingat masuk NST ker..glamour ckit..mengalahkan daki gunung kinabalu lak kang.
Saguhati dr pihak sekolah, kami buat cenderahati jerr..atleast leh wat kenang-kenangan.
Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..
Terima kaseh daun keladi...
Sunday, November 15, 2009
Thursday, November 5, 2009
Sudut Ilmu- Buah Kepayang
Pic mak cik yg kat Tembeling tgh mengupas buah kepayang stlh direndam
Pic dr blog sedap. Buah kepayang mentah
Yg nie pic buah kepayang yg di beli di pasar tani n dah jd mangsa kunyahan ku.
Rabu lepas aku g pasar tani di Raub. tetiba mate terpandang sorang mak cik tu jual selonggok bende alah entah aper name, so aku tanyer name bende tu. Buah Kepayang ni dik..cuber la rase..hehe..pantang di pelawe aku terus rase..emm sedap gak ler, sebiji rase mcm kacang tanah rebus. So , aku sambar ler selonggok 2 hengget. Perjalanan balik siapm mengunyah buah nie, x terpikir aper2 pun.
Mlmnyer aku serve kat google pasal buah kepayang...so, terjumper la 2 artikel mengenainyer. Meh kiter kongsi ilmu bersama.
Artikel pertama di blogsedap.
Ini adalah buah Keluak atau buah Kepayang. Pokoknya kecil hingga sederhana besar, setinggi 26m. Silara padat, bentuk kon, batang berjuntai, beralun dan berbanir. Kulitnya kelabu perang dan licin. Ekstrak daun dan kulit pokoknya boleh membunuh cacing parasit. Asid hidrosianik boleh membunuh manusia dan haiwan. Tanin mengecutkan tisu dan protein pada kulit dan lendir. Biasanya ia di gunakan dalam masakan. Terutama dalam masakan Indonesia.
Ia juga mempunyai khasiat pengubatan. Caranya, bijinya dihancurkan dan dibuat ubat. Tepekkan pada bisul.Selain itu, biji (isi), pokok (kulit) dan daunnya dihancurkan dan disapu pada bahagian dalam dan luar ikan supaya ikan tidak busuk.
Minyak diekstrak daripada biji (yang telah dinyahkan racunnya)untuk dimasak. Penyediaan yang kurang sempurna, menyebabkan si pemakan akan mengalami cirit-birit. Antara cara untuk menawar racun di dalam bijinya adalah dengan merebus biji, direndam dalam air, dan dikambus dengan abu atau dalam pasir di tepi pantai. Biji yang tidak disediakan dengan baik boleh membawa maut kepada orang yang memakan isi biji kepayang atau keluak ini.
Daun dan biji kepayang boleh dijadikan makanan setelah segala racunnya di keluarkan. Daun muda dan buah muda lebih beracun daripada buah masak atau daun matang. Oleh itu, buah yang dipetik sebelum cukup masak lebih berbahaya daripada biji yang diambil daripada buah masak atau yang gugur daripada pokok induk.
Oleh itu perlulah berhati-hati ketika menggunakan biji buah kepayang atau keluak ini dalam masakan anda.
* bace artikel pertama, tetiber rase cemas..alahaii..selamatker tidak kiter makan td,dah ler banatai nak dekat sebungkus. My MIL memang x nak makan alasan nnti badan berangin. Tp setakat nie x der tander2 x elok n masih panjang umor lg..tp cemas ttp ade, maner tau kesannyer esok ker..huhuuu
Artikel ke 2:petik dr Arkeb Utusan
JERANTUT 25 Mei - Kita mungkin biasa mendengar kiasan, 'sayang-sayang buah kepayang, ditelan mabuk, dibuang sayang.'
Namun, berapa ramai di kalangan kita terutama generasi muda yang mengenali buah kepayang?
Bagi penduduk di Hulu Tembeling, Kuala Tahan dan Pulau Tawar dekat sini, buah kepayang tidak asing bagi mereka, malah ia menjadi salah satu makanan mereka terutama bagi hidangan petang.
Sebagaimana yang disebut dalam kiasan tersebut, buah kepayang memang memabukkan dan rasanya pahit.
Bagaimanapun, jika diproses dengan cara yang betul, ia boleh menjadi makanan yang menyelerakan.
Kemahiran penduduk di kawasan pedalaman tersebut memproses buah kepayang boleh menghilangkan rasa mabuk.
Malah, kebijaksanaan penduduk tempatan memproses buah kepayang hingga boleh dijadikan bagi tujuan perubatan tanpa menimbulkan komplikasi kesihatan.
Selain buah kepayang atau nama saintifiknya Pangium edule terdapat juga buah hutan lain di Taman Negara yang lazim menjadi makanan penduduk daerah ini iaitu perah, kedondong, ara, mencepu, kerdas dan ubi gadong.
Berbalik kepada kepayang, buah ini merupakan antara spesies yang dikenali sebagai pokok beracun. Ketinggian pokok kepayang menyamai pokok durian.
Ada beberapa cara untuk menghilangkan rasa pahit dan racunnya.
Antaranya termasuk merendam bijinya ke dalam air sebelum dibakar atau direbus untuk menghilangkan rasa pahitnya.
Biji yang berwarna putih akan bertukar kehitaman selepas direndam dalam air.
Kulit buah kepayang berwarna kelabu dan biji di bahagian dalamnya dilitupi selaput putih dan berminyak.
Seorang penduduk Kampung Pengau, Muji Mohamad, 67, berkata, bentuk buah kepayang sama seperti buah sukun berukuran antara 15 hingga 17 sentimeter dan mengandungi antara enam hingga lapan biji di dalamnya.
Muji memberitahu, biji buah kepayang beracun dan ia tidak boleh dimakan mentah-mentah dan memabukkan jika dimakan.
''Buah ini boleh dimakan selepas bijinya direndam dalam air selama seminggu, kemudian direbus atau dibakar terlebih dahulu sehingga kesan pahit yang memabukkan benar-benar hilang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampung Pengau baru-baru ini.
Kebiasaannya, kata Muji, masyarakat Hulu Tembeling merendam biji kepayang di dalam sungai selama seminggu dan selepas itu buah berkenaan direbus selama kira-kira 45 minit.
Menurutnya, proses merendam dan merebus itu perlu dilakukan dengan cermat. Selepas proses merendam, kulit buah berkenaan dibelah untuk mengambil isinya.
''Selepas direbus, isinya yang kehitaman dihiris nipis-nipis. Kami menggoreng semula dengan mencampur sedikit kunyit dan garam sebelum dimakan dan jika banyak bolehlah dijual," katanya.
Muji yang menjual buah kepayang secara kecil-kecilan seterusnya berkata, rasa isi buah itu kepayang lemak dan rangup selepas digoreng dan ia amat menyelerakan jika dihidang bersama air kopi.
''Saya menjual isi biji kepayang yang diisi dalam tin susu pekat dengan harga RM2 setin dan kebiasaannya cukup laris sehingga mampu menampung belanja dapur," katanya.
Muji memberitahu, masyarakat Melayu Hulu Tembeling pada zaman dahulu juga memproses biji buah kepayang untuk dijadikan minyak masak dan minyak pelita.
Untuk menghasilkan minyak, katanya, biji buah kepayang yang matang dikeringkan dan kemudian ditumbuk serta diperah.
''Proses ini melibatkan lebih 30 biji buah kepayang untuk memperoleh sebotol minyak. Ia boleh digunakan untuk menyediakan masakan dan juga bahan bakar bagi menyalakan pelita," katanya.
Selain itu, jelas Muji, minyak buah kepayang juga boleh dicampur dengan beberapa ramuan herba lain untuk dijadikan minyak mengurut bagi ibu selepas bersalin.
Malangnya, pokok buah kepayang yang sebelum ini banyak ditemui di hutan Taman Negara dan tepi Sungai Tembeling kini semakin sukar ditemui kerana diancam kepupusan.
Mungkin generasi akan datang tidak mengenali buah kepayang, malah, mereka juga sudah melupakan kiasan 'sayang-sayang buah kepayang, ditelan mabuk, dibuang sayang.'
* perghhhh...lege bile bace artikrl ke dua..heheee...InsyaAllah x der aper2..tp lepas nie agak takut gak ler nak makan.
Tuesday, November 3, 2009
Padang Besar
2 minggu sudah adik ipar ku yag bertugas kat padang besar tlh ditimpa musibah. Kami terima berita mlm ahad, esok pgnyer terus kami bertolak kesane. Kol 10 mlm br smp kt hospital kangar. Mlm tu kami tidor d chalet Jbtn Hutan Ng Perlis.Letih gilerr.
Antara pemandangan di chalet.
Sempat lg tu snap bunga raye
Chalet tmpt kami berlabuh..
Puteri2 umi pg tu letih benar nampaknyer..Asyik x der mood jer..lg2 si kakak yg lg manjer dr adik.
Unik betul bile tgk tempayan nie.
Sempat singgah ke ladang tanaman anggur d kangar, perlis. Time tu anggur x leh petik lg, sdg proses nak masak, so tangkap gambor jer ler.
Lepas mbik adik ipar kat hospital kangar, kitorang terus ke padang besar sbb nak mbik kerete n pakaian kt saner, so kami singgah terus ke pasar padang besar. rase dah 4 kali g sini sejak tahun lepas..best gilerr..rambang mater tgk barang kt cni.
Kakak n Dek Ja memang pantang nampak air sabun tu..x dan2 sambar terus.
Awek belakang cek abe tu pandang jer cek abe ku beli boxer..hehee...nasib baik cek abe tgh pegang botol susu.
Kedai kasut
Kakak n Dek Ja leka ngan mainan yg br dibeli
Sempat singgah di ladang burung unta. Dah 3 kali lalu jer, so kali nie singgah jap..saje nak bg anak2 mengenal cmner rupe burung unta. Yg syokyer burung tu mcm tau jer nak bergambar ngan die..
Antara barang yg dibeli kat Pekan padang besar;
Baju utk Kakak n Dek Ja
Kasut Kakak n Dekja. Pilihan kakak sendiri. Niat masuk ekdai kasut sbb cek abe yg nak cr kasut, tp anak yg dpt. Dah tu ayahnyer memilih sgt ..
Nie lak skirt utk umminyer. Tp skirt labuh lerrr..murah gak ler..2 pasang 45 hengget
Ayahnyer lak beli binokular tp luper lak nk snap gambor..nnti2 lerr letak kt cni.
Antara pemandangan di chalet.
Sempat lg tu snap bunga raye
Chalet tmpt kami berlabuh..
Puteri2 umi pg tu letih benar nampaknyer..Asyik x der mood jer..lg2 si kakak yg lg manjer dr adik.
Unik betul bile tgk tempayan nie.
Sempat singgah ke ladang tanaman anggur d kangar, perlis. Time tu anggur x leh petik lg, sdg proses nak masak, so tangkap gambor jer ler.
Lepas mbik adik ipar kat hospital kangar, kitorang terus ke padang besar sbb nak mbik kerete n pakaian kt saner, so kami singgah terus ke pasar padang besar. rase dah 4 kali g sini sejak tahun lepas..best gilerr..rambang mater tgk barang kt cni.
Kakak n Dek Ja memang pantang nampak air sabun tu..x dan2 sambar terus.
Awek belakang cek abe tu pandang jer cek abe ku beli boxer..hehee...nasib baik cek abe tgh pegang botol susu.
Kedai kasut
Kakak n Dek Ja leka ngan mainan yg br dibeli
Sempat singgah di ladang burung unta. Dah 3 kali lalu jer, so kali nie singgah jap..saje nak bg anak2 mengenal cmner rupe burung unta. Yg syokyer burung tu mcm tau jer nak bergambar ngan die..
Antara barang yg dibeli kat Pekan padang besar;
Baju utk Kakak n Dek Ja
Kasut Kakak n Dekja. Pilihan kakak sendiri. Niat masuk ekdai kasut sbb cek abe yg nak cr kasut, tp anak yg dpt. Dah tu ayahnyer memilih sgt ..
Nie lak skirt utk umminyer. Tp skirt labuh lerrr..murah gak ler..2 pasang 45 hengget
Ayahnyer lak beli binokular tp luper lak nk snap gambor..nnti2 lerr letak kt cni.
Subscribe to:
Posts (Atom)