Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Thursday, November 5, 2009

Sudut Ilmu- Buah Kepayang


Pic mak cik yg kat Tembeling tgh mengupas buah kepayang stlh direndam



Pic dr blog sedap. Buah kepayang mentah



Yg nie pic buah kepayang yg di beli di pasar tani n dah jd mangsa kunyahan ku.


Rabu lepas aku g pasar tani di Raub. tetiba mate terpandang sorang mak cik tu jual selonggok bende alah entah aper name, so aku tanyer name bende tu. Buah Kepayang ni dik..cuber la rase..hehe..pantang di pelawe aku terus rase..emm sedap gak ler, sebiji rase mcm kacang tanah rebus. So , aku sambar ler selonggok 2 hengget. Perjalanan balik siapm mengunyah buah nie, x terpikir aper2 pun.
Mlmnyer aku serve kat google pasal buah kepayang...so, terjumper la 2 artikel mengenainyer. Meh kiter kongsi ilmu bersama.

Artikel pertama di blogsedap.

Ini adalah buah Keluak atau buah Kepayang. Pokoknya kecil hingga sederhana besar, setinggi 26m. Silara padat, bentuk kon, batang berjuntai, beralun dan berbanir. Kulitnya kelabu perang dan licin. Ekstrak daun dan kulit pokoknya boleh membunuh cacing parasit. Asid hidrosianik boleh membunuh manusia dan haiwan. Tanin mengecutkan tisu dan protein pada kulit dan lendir. Biasanya ia di gunakan dalam masakan. Terutama dalam masakan Indonesia.

Ia juga mempunyai khasiat pengubatan. Caranya, bijinya dihancurkan dan dibuat ubat. Tepekkan pada bisul.Selain itu, biji (isi), pokok (kulit) dan daunnya dihancurkan dan disapu pada bahagian dalam dan luar ikan supaya ikan tidak busuk.
Minyak diekstrak daripada biji (yang telah dinyahkan racunnya)untuk dimasak. Penyediaan yang kurang sempurna, menyebabkan si pemakan akan mengalami cirit-birit. Antara cara untuk menawar racun di dalam bijinya adalah dengan merebus biji, direndam dalam air, dan dikambus dengan abu atau dalam pasir di tepi pantai. Biji yang tidak disediakan dengan baik boleh membawa maut kepada orang yang memakan isi biji kepayang atau keluak ini.

Daun dan biji kepayang boleh dijadikan makanan setelah segala racunnya di keluarkan. Daun muda dan buah muda lebih beracun daripada buah masak atau daun matang. Oleh itu, buah yang dipetik sebelum cukup masak lebih berbahaya daripada biji yang diambil daripada buah masak atau yang gugur daripada pokok induk.

Oleh itu perlulah berhati-hati ketika menggunakan biji buah kepayang atau keluak ini dalam masakan anda.

* bace artikel pertama, tetiber rase cemas..alahaii..selamatker tidak kiter makan td,dah ler banatai nak dekat sebungkus. My MIL memang x nak makan alasan nnti badan berangin. Tp setakat nie x der tander2 x elok n masih panjang umor lg..tp cemas ttp ade, maner tau kesannyer esok ker..huhuuu


Artikel ke 2:petik dr Arkeb Utusan

JERANTUT 25 Mei - Kita mungkin biasa mendengar kiasan, 'sayang-sayang buah kepayang, ditelan mabuk, dibuang sayang.'
Namun, berapa ramai di kalangan kita terutama generasi muda yang mengenali buah kepayang?
Bagi penduduk di Hulu Tembeling, Kuala Tahan dan Pulau Tawar dekat sini, buah kepayang tidak asing bagi mereka, malah ia menjadi salah satu makanan mereka terutama bagi hidangan petang.
Sebagaimana yang disebut dalam kiasan tersebut, buah kepayang memang memabukkan dan rasanya pahit.
Bagaimanapun, jika diproses dengan cara yang betul, ia boleh menjadi makanan yang menyelerakan.
Kemahiran penduduk di kawasan pedalaman tersebut memproses buah kepayang boleh menghilangkan rasa mabuk.
Malah, kebijaksanaan penduduk tempatan memproses buah kepayang hingga boleh dijadikan bagi tujuan perubatan tanpa menimbulkan komplikasi kesihatan.
Selain buah kepayang atau nama saintifiknya Pangium edule terdapat juga buah hutan lain di Taman Negara yang lazim menjadi makanan penduduk daerah ini iaitu perah, kedondong, ara, mencepu, kerdas dan ubi gadong.
Berbalik kepada kepayang, buah ini merupakan antara spesies yang dikenali sebagai pokok beracun. Ketinggian pokok kepayang menyamai pokok durian.
Ada beberapa cara untuk menghilangkan rasa pahit dan racunnya.
Antaranya termasuk merendam bijinya ke dalam air sebelum dibakar atau direbus untuk menghilangkan rasa pahitnya.
Biji yang berwarna putih akan bertukar kehitaman selepas direndam dalam air.
Kulit buah kepayang berwarna kelabu dan biji di bahagian dalamnya dilitupi selaput putih dan berminyak.
Seorang penduduk Kampung Pengau, Muji Mohamad, 67, berkata, bentuk buah kepayang sama seperti buah sukun berukuran antara 15 hingga 17 sentimeter dan mengandungi antara enam hingga lapan biji di dalamnya.
Muji memberitahu, biji buah kepayang beracun dan ia tidak boleh dimakan mentah-mentah dan memabukkan jika dimakan.
''Buah ini boleh dimakan selepas bijinya direndam dalam air selama seminggu, kemudian direbus atau dibakar terlebih dahulu sehingga kesan pahit yang memabukkan benar-benar hilang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampung Pengau baru-baru ini.
Kebiasaannya, kata Muji, masyarakat Hulu Tembeling merendam biji kepayang di dalam sungai selama seminggu dan selepas itu buah berkenaan direbus selama kira-kira 45 minit.
Menurutnya, proses merendam dan merebus itu perlu dilakukan dengan cermat. Selepas proses merendam, kulit buah berkenaan dibelah untuk mengambil isinya.
''Selepas direbus, isinya yang kehitaman dihiris nipis-nipis. Kami menggoreng semula dengan mencampur sedikit kunyit dan garam sebelum dimakan dan jika banyak bolehlah dijual," katanya.
Muji yang menjual buah kepayang secara kecil-kecilan seterusnya berkata, rasa isi buah itu kepayang lemak dan rangup selepas digoreng dan ia amat menyelerakan jika dihidang bersama air kopi.
''Saya menjual isi biji kepayang yang diisi dalam tin susu pekat dengan harga RM2 setin dan kebiasaannya cukup laris sehingga mampu menampung belanja dapur," katanya.
Muji memberitahu, masyarakat Melayu Hulu Tembeling pada zaman dahulu juga memproses biji buah kepayang untuk dijadikan minyak masak dan minyak pelita.
Untuk menghasilkan minyak, katanya, biji buah kepayang yang matang dikeringkan dan kemudian ditumbuk serta diperah.
''Proses ini melibatkan lebih 30 biji buah kepayang untuk memperoleh sebotol minyak. Ia boleh digunakan untuk menyediakan masakan dan juga bahan bakar bagi menyalakan pelita," katanya.
Selain itu, jelas Muji, minyak buah kepayang juga boleh dicampur dengan beberapa ramuan herba lain untuk dijadikan minyak mengurut bagi ibu selepas bersalin.
Malangnya, pokok buah kepayang yang sebelum ini banyak ditemui di hutan Taman Negara dan tepi Sungai Tembeling kini semakin sukar ditemui kerana diancam kepupusan.
Mungkin generasi akan datang tidak mengenali buah kepayang, malah, mereka juga sudah melupakan kiasan 'sayang-sayang buah kepayang, ditelan mabuk, dibuang sayang.'

* perghhhh...lege bile bace artikrl ke dua..heheee...InsyaAllah x der aper2..tp lepas nie agak takut gak ler nak makan.

No comments:

Post a Comment