Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Wednesday, February 23, 2011

Rawatan kaki

Korang pernah tak wat rawatan kaki yg rendam dlm air, pastu ikan gigit2 gitu... Sy pernah tp tahan 10 minit jer sbb ader ikan yg gatal gigit kaki ku dgn kuatnya smp sy menjerit. Ok, tp bile bace artikel nie syukurlah...nasib baik x dok rendam lame2..


nie die ikan2 yg sedang menggigit utk membersihkan kulit2 mati..


si minah cina nie lak siap berendam lagi. Harap2 di saat ini, due org nie selamat n sehat lg...

Ok, kiter follow artikel mengenai rawatan kaki nie utk ikhtibar bersama.

....................................................................................

Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, "Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV."

Tambah Dr Amin, "Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air."

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin).
Ikan-ikan ini akan "memakan" sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika.


...................................................................................

So, hentikanla yer!!. Bersihkan lah kaki tu sendiri yer, garas dengan berus dawai ker nak bagi kulit kering tu tanggal...hehe

No comments:

Post a Comment