Aperlgkan, bertanyer la kiter nie..rupenyer jering rebus. Siap ade pencicah lg..

Nie info mengenai jering rebus yg sy cr bersama mr google..saje kongsi2 maklumat
Jering rebus ni ialah hasil dari jering tua yang direbus berjam-jam. Jering tu direbus dalam air yang dicampur dengan berbagai daun-daun termasuk kulit pokok jering itu sendiri. Ini adalah untuk membuang racun jering ni. Menurut kata orang yang tahu kalau tak kena cara merebus jering ni, orang yang memakannya boleh terkena "kapit jering". Kapit jering ni ialah rasa sakit ketika nak buat air kecil dan air kecil tidak boleh keluar, macam tersekat, ada juga orang kata kena "dedas". Yang saya tahu dulu-dulu orang akan cari bomoh atau dukun untuk dapatkan penawar. Sekarang tak taulah pulak.
Dengan merebus. Dalam kerja-kerja merebus jering, banyaklah petua-petua pelembut yang digunakan. Antaranya memasukkan sabut kelapa, bahan-bahan daripada besi seperti paku atau rantai basikal. Ad juga yang memasukkan daun nangka dan petua-petua ini boleh juga diguna untuk melembutkan daging.

Sebut jeruk maman, mesti ramai yg dh tau kan..sejenis ulaman yg terkenal di belah timur..nnti sy akan citer lak pasal mr maman nie...
No comments:
Post a Comment