Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Monday, October 3, 2011

Sambal Udang Goreng Garing Kak Jee

haa kau..panjang tu nama resepi..sempena pencipta asal resepi nie..Sape tak kenal dengan pelakon n wartawan nie. Teringat dulu kecik2 suke tgk die berlakon citer kelakar, tp x ingat dh citer aper..n yg bestnya kak jee sudi follow blog saya..Alhamdulillah, satu penghargaan rasenye..
Blog kak jee mmg sy selalu ikuti sbb leh juga tau berita terkini. Ok, itu citer pasal empunya asal resepi nie la..nak tau yg maner satu nama kak jee?? jengok kak jee disini

TQ kak jee sbb kongsi resepi sambal yg sedap. Cek abe siap meratah lg, so x sempat simpan pun..len kali nak wat sebiji cara kak jee...mesti!!

BAHAN2:

300 gms udang kering (pilih kualiti yang baik sedikit) 5 sudu besar minyak masak.
35 helai cili kering (dicelur dan dibuang biji) ~ yg nie sy guna cili yg dh siap giling, tu yg x brp ade biji..
10 biji bawang merah
4 batang serai diracik
kunyit hidup sebesar ibu jari
½ cawan asam jawa
1 sudu besar gula
sedikit msg (jika guna)
250 gm bawang goreng ~
nie lak leh lupe nak beli, so goreng sendiri,makanya bawang tu agak lembik..
CARA:
Udang kering direndam selama sejam. Toskan dan bila sudah benar2 kering, dikisar. Jangan terlalu halus. Kalau susah nak agak kehalusannya, tumbuk je.
Panaskan 5 sudu minyak dalam kuali dan tumis semua bahan yang telah dikisar hingga naik minyak dan wangi.
Masukkan udang kering, air asam jawa, garam, gula, msg dan kacau hingga menjadi benar2 kering. Gunakan api perlahan.
Apabila sudah betul2 kering, angkat dari api dan sejukkan. Kalau sudah betul2 sejuk, gaulkan dengan bawang goreng dan simpan dalam bekas kecik dalam peti ais.

No comments:

Post a Comment