Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Tuesday, May 10, 2011

Hutan Lipur Sg Pandan (Panching)

Hari nie menyempatkan diri ronda ke Hutan Lipur Pandan. Kebetulan ada team jabatan kesihatan nak ambil sample air di sini. Sambil2 tu leh la jengok keje2 naik taraf aper yg nak dibuat dlm bajet tahun nie.
Klu nak tau lokasi nie adalah susur masuk dr jalan besar gambang ke kuantan. Klu ada yg perasan mesti ternampak sign board hutan lipur nie.
Sekarang sekitar Hutan Lipur nie cantik sgt sbb ada satu syarikat yang pejabat sy bagi permit sementara utk jaga kebersihan, so jgn terkejut klu kene charge per person. Sbb syarikat nie kene gak cr modal utk jaga kebersihan di sini dan akan bayar permit pertahunan pd jabatan.
Dr segi penyediaan kemudahan dan pembangunan infra masih dlm bajet jabatan. Pada sesiapa yg berminat nak wat family day ker, atau berkhemah ker ..boleh la g sini..
Pintu masuk HL.
Kemudahan surau juga disediakan
Dataran Pandan. Keadaan lantai pejalan kaki agak licin sbb mungkin dah terlalu lama dan berlumut. Ini antara kerja2 pengubahsuaian yg sy akan senaraikan utk bajet tahun nie.
Kemudahan tempat istireat yang cantik dan mendamaikan
Mini air terjun sesuai utk kanak2. Siap ada papan gelungsur kecil. Air terjun yg besar juga ada dibahagian atas utk golongan dewasa, juga ada jambatan gantung.


Air terjun mengalir terus kebawa seperti anak sungai, sesuai utk kanak2.
Balik dr Hutan Lipur singgah makan sup tulang di gerai Pak Tam, di Sungai Lembing. Nie kali ke 3 makan sini sbb sup die mmg lain dr yg lain. Klu nak tau sup bunjut die sebesar mangkuk tu, mungkin dlm tu resepi rahsia..x tau ler aper resepinya janji sodap..

2 comments:

  1. Salam kenal dari org Kuantan untuk org Kuantan..
    Nape tak ambik gambar airterjun yang tinggi tu..kan cantik..

    Bestnya nampak sup tu..saya selalu gak ke s.lembing, tp tak tau mana satu gerai sup tu..

    ReplyDelete
  2. hi..maaf br terperasan ade comments..maklumler jarang dpt komen..hehe.
    Kedai tu tepi pejabat renj sg. lembing.

    ReplyDelete