Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Sunday, February 19, 2012

Rosemary Grilled Chicken

Percubaan pertama main2 godeh bahan2 yg x pernah buat. Keinginan nak wat bile asyik tgk dlm channel AFC..ntah camner rase bile guna bahan2 ala barat tu kan..
so berusahalah mencari bahan2 tu n nak pastikan lg ada logo halalnya..
Akhirnya terciptalah...

Berusaha sy cari tomato yg bertangkai tu..hehe..nak bg nampak syle english la konon kan..

Rupe sebelum dibakar

Resepi Ayam Panggang Rosemary - TQ pg blog potretkasih berkongsi resepi..

1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot
sedikit mentega

Cara penyediaan

1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.

2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.

3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.

4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.

5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.

6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.

7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.

8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.

5 comments:

  1. assalamkm..

    sis, not bad..ada rupa mesti ada rasakan..yang penting bagi mata menilai dulu..mata kata sedap, insyallah tekak kata sedap juga..

    ReplyDelete
  2. bravo!!! tahniah sis.
    p/s: kat mane dpt tomato bertangkai tuh?

    ReplyDelete
  3. ooo..tomato tu sy beli kat Giant, bahagian sayur2 yg organik gitu ler..
    me - tu ler kan, masalahnya tekak sy nie lg suke klu makan masakan org lain..hehe

    ReplyDelete