Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Friday, April 2, 2010

Petai Jeruk

Alhamdulillah...rezeki petai lg..masuk opis lps lunch semalam, terus terpandang seikat petai atas meja...tau dah sape kasi..my staff yg rajin memanjat pokok petai tepi opis, so dpt la merase ckit..aku memang jarang beli petai sbb keliling opis aku banyak pokok petai yg ditanam oleh staff2 utan zaman pak metua keje dulu n kami generasi baru dpt la hasilnya..rezeki namenyer..
Malamnyer aku wat projek ...projek mmbuat jeruk petai..hehee...

bertambah la selera makan klu ade bende nie...bestt...



Nie pokok petai yg masih muda lg..tp dh keluarkan hasil

Nie die petai yg aku dpt..banyakkan..bayangkan setiap staff dpt banyak nie...leh jual tuu...tp same2 merase lg berkat kann...

Proses merebus...abaikan pengukus ku yg usang tu ekk..tp banyak berjase n ingat lg pemberian bik nita time aku kawen 8 th lps..

Petai yg dh direbus..jgn lembik sgt , agak2 petai senang kuar bila d picit, kre ok la tu...

Nie die hasilnya..petai jeruk...sebagai bekalan n simpan dlm peti sejuk..
opss..jgn lupe tabur garam ckit n letak asam gelugur sepotong juga cili padi

Sambal tumis petai...sedap nyerrr

Maklumat mengenai petai utk pengetahuan..spy blog nie x der la nmpak cm buang mase jer kan...
Pengelasan saintifik
Alam:
Tumbuhan
Divisi:
Magnoliophyta
Kelas:
Magnoliopsida
Order:
Fabales
Famili:
[[]]
Genus:
Parkia
Spesies:
P. speciosa


Khasiat
Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Pembiakan
Pokok petai mula berbunga ketika berusia lima tahun. Pendebungaan pokok ini adalah melalui spesies kelawar Eonycleris spelaed yang juga merupakan agen pendebungaan bagi Pokok Durian. Oleh kerana pokok petai dan pokok durian adalah bermusim, kelawar Eonycleris spelaed mencari makan dari madu pokok Bakau jenis Sonneratia pada musim yang lain.
Pokok petai biasanya ditanam menggunakan biji benih.
Jenis petai
Pokok Petai (Parkia speciosa)
Pokok Petai Kerayung (Parkia javanica)
Pokok Petai Maranti ( Parkia ingsularis),
Pokok Petai Nering ( Parkia sumatrana).

1 comment:

  1. Bestnya....mami paling suka makan petai.......pokok petai ada kat ofis.......biar betul..........anyway.......kenapa tak boleh tenguk video adik dan kakak.....i really like your blog........congrat

    ReplyDelete