Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Monday, July 8, 2013

Tibanya Ramadhan


Alhamdulillah masih diberi rezeki dan peluang utk berpuasa lagi tahun nie. Esok hr pertama puasa, yg paling xcited kakak n adik berazam nak berpuasa secara series..siess tuu..x abis2 bercakap nak puase esok n siap pesan jgn lupe kejut bangun sahur..lg bestnya dah siap order nak makan apa sahur nanti..haha..x per umminyer senang x yah pikir nak masak apa..
Harap2 la diorang leh berpuase, mungkin diorang dah malu ckit, yer la dah besor n dah leh fikir tgk kawan2 lain leh puase tahun lepas. Saya tak paksa cume bg kater2 semangat n pastinya kene janjilah ganjaran yg diorang akan dapat klu dpt berpuase..huhu..maklumler bebudak kan...

Peniaga pun sebuk nak menjual macam2 juadah..klu tgk khemah jualan yg dah pasang sekitar kuantan nie, rase cukup 30 hari pusing klu nak pegi sehari 1 tempat..huhu..tu niat mcm berpuase sbb nak makan besor jer kan..so berpada2 la ek....
dan fenomena yg biase berlaku sblm bualn puase, gula habis di pasaran..huhu..nie kes peniaga borong awal2 la nie.. mlm td sudahnya wat teh tarik jer..
dan lagi..yg paling ketara nanti bile beli lauk siap compem naik harga..harus x leh beli sayur 2 hinggit dah..
" Sayur mahal kak..kene beli sekurang2nya 4 hinggit, lauk lak kene 6 hengget"..
haha..padan muke ko sbb x nak masak kan..tunggu jer la sbb minggu lepas kat berita seluruh daerah d pahang lauk mentah n sayur dah naik harga..compemm!!

Sy lak dlm perancangan (dah wat jadual pun..gempak tak??..hehe) nak masak apa setiap malam n cover sekali masak sahur. Utk berbuka sy nak makan kuih n bubur jer..tp kakak n adik mmg akan cari nasi dulu, makanya kene masak sejenis lauk dulu. Seb baik sekolah balik awal n sy pun dah mbik waktu anjal WP2, leh kuar kol 5. Ok la..abis dah air liur membebel, nak simpan utk esok..haha

Di bawah nie..saje kongsi apa2 yg berfaedah di bulan Ramadhan..utk ingatan sy juga..

Lafaz niat untuk sebulan :

niat puasa sebulan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat untuk harian :
niat harian puasa ramadhan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz doa ketika hendak berbuka :
lafaz doa berbuka di bulan ramadhan
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Lafaz doa selepas berbuka puasa :
doa selepas berbuka puasa
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Tahu tak banyak kelebihan yang kita dapat di bulan ramadhan ni antaranya ialah:
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

    Maklumat yang amat2 berguna..

    Oh yer..sy terjumpe iklan tawaran nie...memang menarik tau!! so jgn lepaskan peluang utk join di sepanjang bulan Ramadhan..


1 comment: