Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Monday, December 7, 2009

Pisang Kaki (Persimmon)

Mlm td saje ajak abe jln2 UpTown kart Raub..tp biase ler, kat bandar kecil make UpTown nyer mcm downtown..hehh..due baris jer..ok la kan dr pd dulu sblm ade uptown nie, mcm bandar tdo jer raub bile mlm. Tetiber nampak kt hujung simpang ade satu van tu mcm jual something jer..g dekat br tau ..rupenyer jual pisang kaki@ Persimmon..
emm..memang suke gak buah nie, banyak kali dh beli setiap kali naik Cameron. Maka aku sambar ler sekilo RM 6.50. Balik umah sblm tdo sempat cr info pasal buah warne oren nie. So, kiter share same2 ape yg ade pd buah nie ekk..

Info dpt dr PKUKM..

Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi
Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung

Yg nie lak resepi dr mesra.com..maner tau nnti rajin lak nak cuber..

Kek Kukus Pisang Kaki

Bahan-Bahan:
1 cawan puri pisang kaki, daripada tiga biji pisang kaki masak ranum2 camca teh serbuk penaik250 gm mentega tanpa garam1 ½ cawan gula halus2 biji telur1 camca sedang perahan limau susu
1 cawan tepung serba guna1 camca teh serbuk kayu manis½ camca teh garam1 cawan walnut, dicincang halus1 cawan kismis hitam
Cara:
Gaul puri pisang kaki bersama serbuk penaik. Ketepikan. Pukul mentega bersama gula hingga rata. Masukkan telur dan perahan limau susu. Kacau sebati. Masukkan tepung, serbuk kayu manis dan garam. Kacau lagi. Masukkan puri pisang kaki, walnut dan kismis hitam. Kacau sebati. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang dilengser dengan sedikit mentega cair. Masukkan ke dalam kukusan yang dipanaskan terlebih dahulu. Kukus 2 jam.

Tp kan dlm tgh godeh2 maklumat terbacer la satu kenyataan dr Dr. Mahathir Mohamad , yg beliau menyatakan dlm ucapannye mengenai penentangan terhadap bangsa terkutuk Israel kan..bahawa buah pisang kaki yang di jual di pasaraya kt KL adalah dr Israel..
Oh yer ker...errrkkk...tp setakat nie x pernah lg la beli dr pasaraya, yg aku br beli tu pun kater yg jual tu dr Siam...harap2 betulla..klu x pasal2 tlg beli barang Israel..

No comments:

Post a Comment