Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Saturday, March 12, 2011

Selamat Hari Wanita..

..harap tidak terlambat ucapkannya, mmg dh niat nk wat n3 hari wanita nie tp enth cmner leh terlepas hari..huhuu..aper pun kita harap bile mmperingati hari wanita nie secare x langsung akan mmperingati pengorbanan seseorang yg bergelar wanita..pengorbanan ibu, ibu mertua, cikgu, boss..asalkan wanita bahkan pengorbanan yg pernah kiter lakukan..
Siapa wanita yg pernah ada dlm hidup anda?...haaa..mari kiter imbas..eh, saye imbas..Nie antare wanita yg ada dlm hidup saya

Ibu -
Wanita yg sgt saya sanjungi, hormati, sayangi..yg melahirkan saya, membesarkan saye dengan sabar, mendidik bahkan memberi peluang pendidikan sehingga sy ke tahap ini..Wanita ini yg tak akan saya lupakan hingga bila2..Boleh berlinang air mata bile terkenangkan pengorbanan mak...satu persatu kenangan kenakalan sy semase kecil dulu..Klu boleh nak ulang mase silam dan x akan menyakiti hatinya lagi..LOVE U SO MUCH!!!

Ibu Mertua-
Wanita yg tabah sy tgk, w/p pernah m'hadapi kepayahan hidup mmbesarkan 10 org anak..bahkan sehingga kini menghadapi karenah anak2 ..Sy sbg menantu ingin mmbantu sedaya mungkin..selayaknyer kini ibu mertua sy ini dh boleh goyang kaki tanpe memikirkan kesusahan anak tp...x per la, sy sentiasa akan berada dekat dengannya utk mendengar keresahannya..namun apekan daye sejak duduk berjauhan nie..jarak yg mmbataskannya.

Cikgu-
Tiba2 teringat beberapa cikgu wanita yg betul2 sy kagumi..
Cikgu Fajar - mengajar subjek yg paling sy minati~ matematik..tegas orgnyer tp sentiasa mmberi semangat
Cikgu Laila - mengajar subjek sastera, juga kesukaan sy..lemah lembut orgnyer..
Cikgu Azyanah - mengajar b. melayu..very2 sporting n mcm kawan lak..w/p mase tu boring giler nak wat karangan ..

n yg ingat lg mukenyer tp name x berape ingat ~ bidan yg menyambut kelahiran saye..haha..
Camner la ekk boleh ingat mukenyer sedangkan kiter time tu x tau aper2 pun..sbbnyer bidan yg same menyambut kelahiran adik2 saye sehinggalah die wat pemeriksaan lawatan time kelahiran anak sy sendiri..haa tu die, brp lame die berkhidmat..



Sy cari fakta mengenai hari wanita..yer la, klu x der sebab nak cari, smp bile pun x tau mengaper adanyer hr wanita nie..so, kire kiter share2 la yerkk..Ada 2 peristiwa yg berlainan, tarikh pun lain..tp x per la, janji kiter tau maksud n sebabnyer..

Peristiwa Sejarah 1 :

Hari Wanita Kebangsaan merupakan satu cuti umum di Afrika Selatan pada 9 Ogos. Ini memperingatkan tentang perarakan kebangsaan kaum wanita pada hari ini tahun 1956 yang bertujuan untuk membuat rayuan membantah perundangan yang mewajibkan kaum Afrika untuk membawa "pas", dokumen pengenalan istimewa yang mengehadkan kebebasan bergerak untuk seseorang yang berbangsa Afrika semasa zaman aparteid.

Pada 9 Ogos 1956, seramai 20 000 orang wanita mengadakan sesuatu perarakan di sekitar Union Buildings di Pretoria untuk membantah penggubalan yang dicadangkan kepada Akta Kawasan Urban (biasanya dikenali sebagai pass laws) pada tahun 1950. Mereka meninggalkan sebilangan rayuan yang mengandungi lebih daripada 100 000 tandatangan pada pintu pejabat Perdana Menteri J.G. Strijdom.

Mereka berada di luar dengan senyap selama 30 minit, kebanyakan daripada mereka membawa anak-anak mereka pada belakang tubuh mereka. Ini termasuklah para pengasuh kanak-kanak yang turut membawa anak majikan kulit putih mereka. Para kaum wanita menyanyikan sebuah lagu bantahan yang ditulis untuk peristiwa itu: Wathint’Abafazi Wathint’imbokodo! (Sekarang anda telah menyentuh wanita, anda telah memukul batu.). Pada 50 tahun yang lalu, sejak peristiwa itu, frasa (atau yang terbaru: "anda pukul seorang wanita, anda pukul sebuah batu") telah melambangkan keberanian dan kekuatan kaum wanita di Afrika Selatan.

Perarakan ini diketuai oleh Lilian Ngoyi, Helen Joseph, Rahima Moosa, dan Sophia Williams-De Bruyn.

Sejak tahun 1994, tarikh 9 Ogos ditetapkan sebagai Hari Wanita di Afrika Selatan. Pada tahun 2006 sebuah enakmen semula perarakan ini dijalankan untuk ulang tahun ke-50nya, dengan kehadiran banyak veteran perarakan 1956.




Peristiwa Sejarah 2 :

Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.

Dari segi pandangan Islam pula :

Wanita telah dimuliakan oleh Rasullullah sebanyak 3 kali iaitu insan yang perlu kita taat dan kali ke-4 barulah kaum Adam. Wanita juga dimuliakan dengan kater2 "Syurga IDbawah Telapak Kaki Ibu". Selain itu title Syahid juga telah diberikan kepada ibu yg meninggal ketika bersalin. Tanpa wanita atau ibu siapalah kita kan...

SELAMAT HARI WANITA kpd semua wanita sedunia..




..dan sy lah antara wanita itu..
*apehal la wanita nie mate cm org tgh mimpi jerkk..

No comments:

Post a Comment