Terima Kaseh!! InsyaAllah sy akan balas kunjungan anda..

Terima kaseh daun keladi...

Thursday, January 5, 2012

Awas apa yg anda makan w/p ada logo halal..

Sekarang nie tgh kecoh ngan logo halal..rupe-rupenyer banyak patern ek logo halal nie... dr persatuan lain2 lak tu. Kebanyakan logo sblm nie mmg sy x kesah sbb mcm tulin kecuali yg dr china..yg simple sgt tu tulisan halalnya, haa..yg tu mmg sy was2. Tp bile tgk keratan akhbar nie..alamak!!..maner la kiter maklum bende nie kan.
So sy share ngan saper2 yg terbabas masuk dlm ini rumah ekk..


ARTIKEL KERATAN SURAT KHABAR

SHAH ALAM – Masih banyak premis makanan didapati masih menggunakan logo yang dikeluarkan pihak swasta walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melarang mereka berbuat demikian mulai semalam.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Seksyen 7 dan Seksyen 9 di sini semalam melibatkan kira-kira tujuh premis makanan mendapati kebanyakan logo halal yang dipamerkan di premis mereka masih dikeluarkan oleh syarikat swasta antaranya Islamic Food and Research Centre Asia (IFRC).

Hanya sebuah premis makanan didapati mempamerkan logo halal Jakim iaitu Old Town White Coffee.

Sementara itu, pengusaha Restoran dan Kafe Hailam Kopitiam, Alvex Wee memberi alasan dia mengalami kesukaran mendapat kelulusan bagi logo halal Jakim selepas empat kali permohonannya ditolak.

“Jakim meminta agar setiap produk makanan disenaraikan bahan mentahnya satu persatu dan ia adalah sukar ditunaikan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, premis perniagaannya masih menggunakan logo halal IFRC dan benar-benar berharap mendapat sijil halal Jakim supaya pelanggan beragama Islam merasa lebih yakin makan di restorannya.

Kosmo! semalam melaporkan berkuat kuasa semalam semua premis makanan diwajibkan mempamerkan logo halal yang dikeluarkan Jakim.


Ok..klu ikut keterangan tokey restoran tu kan..silap saper sebenarnya ekk?? tokey tu kater 4 kali dh mohon tp x lepas. Tp ade betulnya JAKIM ketatkan permohonan sbb biar betul2 halal sebelum dijual ke org ramai. Restoran tu pun ttp gak beroperasi w/p permohonan ditolak...entah bahan aper yg diorang letak kiter pun x tahu kan..
Yg peliknya persatuan lain tu senang lak nak kuarkan sijil halal..konpius dibuatnya.
Ini lak artikel dr forum yg sy dpt..

TERBARU PENGESAHAN HALAL JAKIM


JAKIM :-1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM

1)McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal:

1) Victoria Station

2)Kam Lun Tai

3)Lotus

Family Restoran

Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2)Chicken Rice shop

3)Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.

KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahanhalalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat

ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.


LOGO HALAL DR JAKIM YANG DISAHKAN

Ok..sy nak sambung kerje..

1 comment:

  1. yg senarai "TERBARU PENGESAHAN HALAL JAKIM" tu terbaru pada tarikh bila? artikel tu dah bertahun2 lepas dah ada. tak valid dah, tak betul pulak tu.

    Lebih baik letak link ke Portal Halal Jakim lagi bermakna bg entry ni. Org yg baca pn akan dapat maklumat tepat sbb dapat pergi ke Portal Halal Jakim.

    Kalau org ambil & fwd "TERBARU PENGESAHAN HALAL JAKIM", dah makin tersebar maklumat yg tak betul tu.

    ReplyDelete